Curling
Curling

Curling

Curling [kĕr-ling] ialah suatu sukan di mana para pemain antara dua pasukan meluncurkan batu granit khas (rock) di atas lapisan ais (curling sheet) ke arah kawasan sasaran yang ditandakan dengan empat bulatan yang berlapik (house); cara mainannya sebegini seakan boling padang.[1] Setiap pasukan mempunyai lapan batu, di mana setiap pemain membalingkan dua daripadanya. Permainan dimenangi pasukan dengan skor terbanyak daripada kumpulan mata hasil peletakkan batu yang semakin dekat dengan pusat sasaran selepas setiap pemain melemparkan batu-batu mereka iaitu tempoh penghujung (end). Sesebuah permainan itu terdiri daripada lapan hingga sepuluh "tempoh penghujung" ini.Pemain boleh mempengaruhi pergerakan batu yang dilempar dengan mengubah arah batu secara perlahan-lahan serta dibantu "penyapu" (sweepers) yang mengekori batu tersebut sepanjang lapisan ais dengan alat menyapu mengolah ais di hadapan batu lalu mengurangkan daya geserannya. Sukan ini diibaratkan seperti catur dari segi merancang laluan dan peletakkan ideal batu pada setiap pusingan serta kemahiran penyapu agar mencapai keputusan yang diingini.[2]Sukan ini dimainkan di pelbagai negara seperti Kanada, United Kingdom (terutamanya Scotland), Amerika Syarikat, Norway, Sweden, Switzerland, Denmark, Finland dan Jepun, yang kesemuanya bertanding dalam pertandingan peringkat antarabangsa. Sukan ini dengan sendirinya dipertandingkan dalam Sukan Olimpik Musim Sejuk sejak tahun 1998.