Promosi D'scover

Pelancaran

Pada 5 Disember 2012, satu sidang akhbar telah diadakan oleh syarikat rakaman Daesung iaitu YG Entertainment. Dalam sidang tersebut, pengumuman mengenai pelancaran album solo Daesung pada 27 Februari 2013 dibuat. Album solo tersebut terdiri daripada 12 lagu, termasuklah penyusunan semula lagu-lagu popular Jepun serta lagu-lagu asal, "Baby Don't Cry" (Sayang Janganlah Menangis) dan "Wings" (Sayap). Ketika itu juga diumumkan bahawa Daesung akan mengadakan konsert solo pertamanya di Dewan Peringatan Dunia, Kobe pada 23 dan 24 Mac serta di Nippon Budokan, Tokyo pada 30 dan 31 Mac bagi mempromosikan album ini.[3]

Sebulan sebelum pelancaran album D'scover, pada 30 Januari 2013, senarai album dan kulit album telah didedahkan serta butiran mengenai versi berbeza album tersebut. Album tersebut dilancarkan dalam tiga versi yang berbeza iaitu versi CD sahaja, CD dan DVD serta versi Playbutton.[4] Bagi edisi CD dan DVD, kandungannya terdiri daripada penambahan yang tidak terdapat dalam versi-versi yang lain iaitu video muzik "今夜はブギー・バック" (Malam Tarian Kembali), video muzik "Wings" serta video di sebalik pembuatan album ini.

Pada 5 Februari 2013, video muzik versi pendek lagu "歌うたいのバラッド" (Balada Seorang Penyanyi) telah dilancarkan.[5] Beberapa hari kemudian iaitu pada 9 Februari, video muzik penuh lagu tersebut dilancarkan dalam rancangan video muzik Jepun.[6]

Jelajah D'scover 2013 di Jepun

Dalam pengumuman awal, Daesung akan mengadakan 4 buah konsert di Kobe dan Tokyo untuk mempromosikan album D'scover. Walau bagaimanapun, satu pengumuman dibuat pada 28 Februari 2013 dimana Daesung akan mengadakan 21 konsert tambahan di 17 buah bandar disebabkan oleh permintaan tinggi konsert tersebut. Jelajah konsert tersebut akan bermula di Dewan Peringatan Dunia Kobe pada 23 Mac 2013 dan berakhir pada 18 Jun di Yokohama Arena Kanagawa.[7]

Berkaitan