DPMM_FC
DPMM_FC

DPMM_FC

Kelab Bola Sepak Duli Pengiran Muda Mahkota (DPMM FC) ialah kelab bola sepak yang pernah menyertai Liga Malaysia dan kini bermain di Liga Singapura, bertapak di Bandar Seri Begawan, Brunei. Kelab ini pernah bermain dalam Liga Perdana Brunei di awal 2000, memenangi liga pada 2002 dan 2004. Kelab ini bersetuju untuk bermain dalam Malaysia dan menyertai Liga Perdana Malaysia sebagai pasukan luar untuk musim 2005-06. Pasukan ini dinaik taraf ke Liga Super dan mendapat tempat ketiga dan kesepuluh dalam liga tersebut. Kemudian, mereka meninggalkan Malaysia untuk menyertai Liga Singapura untuk musim 2009. Mereka memenangi Piala Liga Singapura tetapi dipaksa keluar dari pertandingan kerana FIFA menggantung Persatuan Bolasepak Brunei kerana kerajaan Brunei masuk campur urusan persatuan bola sepak mereka, menyebabkan semua kelab atau persatuan bola sepak dari Brunei dilarang bertanding atau menyertai mana-mana pertandingan di luar negara. Keputusan permainan kelab ini dalam Liga Singapura digantung.DPMM FC ini dimiliki oleh oleh Putera Mahkota Brunei, DYTM Paduka Seri Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah yang pernah bermain sebagai penjaga gol untuk pasukan itu.