DUT1
DUT1

DUT1

Pembetulan waktu DUT1 (atau DUT) merupakan beza antara Waktu Sejagat (UT1) yang ditentukan oleh putaran Bumi, dan Waktu Semesta Berkoordinat (UTC) yang ditentukan oleh serangkaian jam persis.UTC ditanggung dengan saat lompat sehingga DUT1 kekal dalam julat −0.9 s < DUT1 < +0.9 s. Pembetulan ini disebabkan serba sedikit oleh kadar putaran Bumi yang tidak sekata disebabkan tidal braking serta pengagihan semula jisim di dalam Bumi, termasuk lautan-lautan dan atmosferanya, dan juga serba sedikit disebabkan saat SI (seperti yang digunakan untuk UTC) ketika diterima guna sudah pun lebih singkat sedikit daripada nilai semasa sesaat waktu suria min.[1]Ramalan nilai DUT1 diterbitkan oleh IERS Bulletin A.Nilai DUT1 yang dikemaskini mingguan dengan kepersisan 0.1 s disiarkan oleh sesetengah perkhidmatan isyarat waktu, termasuk WWV dan MSF. Perkhidmatan ini memancarkan satu nadi sesaat dalam suatu bentuk. Untuk mewakili nilai DUT1 positif dari +0.1 ke +0.8 saat, nadi yang dipancarkan dalam saat 1 hingga 8 "ditekankan" dengan suatu cara, lazimnya dengan pancaran nadi berganda. Bilangan nadi tekanan menyampikan nilai DUT1. Nilai DUT1 negatif dari −0.1 ke −0.8 saat juga diwakili sebegitu rupa dengan menekankan nadi 9 hingga 16. Contohnya, nilai DUT1 −0.4 dipancarkan dengan menekankan nadi 9 hingga 12.Isyarat waktu Rusia RWM memancarkan dUT1 pembetulan tambahan dalam kenaikan 0.02 s. Nilai positif dUT1 dari +0.02 ke +0.08 s dikodkan dengan menekankan nadi 21 hingga 24; nilai negatif pula dikodkan dengan menekankan nadi 31 hingga 34. Nilai sebenar DUT1 dianggarkan oleh jumlah DUT1 + dUT1 yang dipancarkan.Isyarat waktu gelombang panjang RBU juga memancarkan dUT1.