Saat_lompat

Saat lompat adalah ubahan positif atau negatif satu saat kepada skala masa Waktu Universal Selaras (Universal Time Coordinated, UTC) yang menjadikannya hampir dengan min waktu suria. UTC, yang digunakan sebagai masa untuk pengumuman rasmi masa-hari-ini melalui radio untuk waktu sivil, dikekalkan menggunakan jam atom yang sangat jitu. Untuk menjaga skala masa UTC agar sentiasa berhampiran dengan min waktu suria, UTC kadang kala dibetulkan oleh pelarasan interkalari, atau "lompat", selama satu saat. Dalam jangka masa yang lama, saat lompat mesti dimasukkan pada kadar yang semakin meningkat (lihat ΔT). Pemasaan saat lompat sekarang ditentukan oleh Perkhidmatan Pusingan Bumi dan Sistem Rujukan Antarabangsa (International Earth Rotation and Reference Systems Service) (IERS). Saat lompat sebelumnya ditentukan Bureau International de l'Heure (BIH - Biro Masa Antarabangsa) sehingga 1 Januari 1988 apabila IERS mula memikul tanggungjawab tersebut.Apabila saat lompat positif dimasukkan pada 23:59:60 UTC, ia menangguh permulaan hari UTC berikut (pada 00:00:00 UTC) untuk satu saat, dengan kesan memerlahankan jam UTC.

Rujukan

WikiPedia: Saat_lompat ftp://hpiers.obspm.fr/iers/bul/bulc/bulletinc.dat http://www.gmat.unsw.edu.au/snap/gps/gps_survey/ch... http://www.leapsecond.com/history/1968-Metrologia-... http://www.leapsecond.com/java/gpsclock.htm http://www.leapsecond.com/notes/leap-watch.htm http://www.livescience.com/strangenews/081208-leap... http://www.livescience.com/technology/050705_leap_... http://www.mail-archive.com/leapsecs@rom.usno.navy... http://online.wsj.com/article/SB112258962467199210... http://www.meinberg.de/english/info/leap-second.ht...