Jam_atom
Jam_atom

Jam_atom

Jam atom ialah sejenis jam yang menggunakan frekuensi piawai resonans atom sebagai unsur penjagaan masanya. Jam atom adalah piawaian waktu dan frekuensi paling jitu yang dikenali di dunia, dan digunakan sebagai piawaian primer untuk khidmat pengedaran waktu antarabangsa, mengawal frekuensi siaran televisyen, dan sistem satelit navigasi global seperti GPS.Prinsip pengendalian jam atom tidak berasaskan fizik nuklear, sebaliknya menggunakan isyarat gelombang mikro persis yang dipancarkan oleh elektron dalam atom apabila berubah aras tenaga. Jam atom yang terawal berasaskan maser. Kini, jam atom yang paling jitu berasaskan spektroskopi penyerapan atom sejuk dalam bejana atom seperti NIST-F1.Agensi piawaian kebangsaan memastikan ketepatan 10−9 saat sehari (kira-kora 1 bahagian dalam 1014), dan kepersisan yang diset oleh pemancar radio yang mengepam maser. Jam ini menyelenggara satu skala masa yang selanjar dan stabil, iaitu Waktu Atom Antarabangsa (TAI). Untuk waktu awam, disebarkannya satu lagi skala masa iaitu Waktu Universal Selaras (UTC). UTC diterbitkan dari TAI, tetapi disegerakkan dengan menggunakan saat lompat, dengan UT1 yang berasaskan pusingan bumi sebenar berkenaan dengan waktu suria.