DVB-S

DVB-S ialah piawaian pengekodan dan modulasi Penyiaran Video Digital yang asal untuk televisyen satelit yang digunakan sejak tahun 1995. DVB-S digunakan melalui satelit-satelit yang berkhidmat di setiap benua di dunia. DVB-S digunakan dalam mod MCPC dan/atau SCPC untuk penyaluran rangkaian penyiaran, serta perkhidmatan satelit siaran langsung seperti Sky TV (UK) melalui Astra di Eropah, Dish Network dan Globecast di Amerika Syarikat, dan Astro melalui MEASAT di Malaysia. Strim pengangkutan yang disampaikan oleh DVB-S dimandatkan sebagai format MPEG-2.