Daeng_Selili

Orang Kaya-Kaya Maharaja Lela Tan Lela Putera Panchong Tak Bertanya merupakan seorang putera Raja dari Bugis Melangkae, Sulawesi yang datang ke negeri Perak pada zaman pemerintahan Sultan Mudzaffar Shah III (1728–1752).Nama Daeng Selili bermakna saudara di daerah Gunung Selili[sumber tak boleh dipercayai?], Samarinda, Kalimantan Timur. Maka dari situlah gelaran Daeng Selili diperolehi, ini beerti itu bukanlah nama sebenar beliau, Ia ialah panggilan mesra di kalangan anak-anak kapal beliau. Identiti yang sebenar amat dirahsiakan kerana beliau merupakan musuh yang paling dikehendaki dan menjadi buruan utama Belanda kerana kerosakan maksimum yang dialami oleh kapal-kapal perang dan dagang mereka hingga dilabel sebagai lanun.Beliau adalah daripada suku Buqis Jong (Bugis Kapal), yang mewarisi kerja-kerja berdagang dan pelayaran jauh daripada keturunan Saiyiti/Sittik Melangkae, cucu cucit kepada Ratu Balqis dan Raja Sulaiman menurut Tuhfat An Nafis. Manakala ayahnya La Mata Esso Arung Peneki (Sultan Muhyiddin di Aceh) bin Sangkuru Mulajajie Arung Peneki Mula Sellengnge Arung Matoa Wajo XII (1607–1610). Ibunya ialah Tenri Angka Arung Singkang atau lebih dikenali sebagai Ratu Sedinding binti La Pettawareq Matindro ri Luwuk (Sultan Muhammad Wali Muzahir Ad-din) bin La Madusila Matinro ri Soppeng. Mereka telah menjalankan aktiviti perdagangan tradisi diraja secara besar-besaran khususnya untuk komoditi rempah-ratus, kamian, alat ketukangan besi dan lain-lain. Hubungan perdagangan tradisi dan purba ini adalah di antara Hadramaut di Yaman sehingga ke Melangkae, Sulawesi.Rekod perdagangan melayu di Yaman ini ada dihuraikan lebih lanjut dalam buku "Maritime Southeast Asia 300 BC to AD 1528" oleh Lynda Norene Shaffer.Maka disebabkan itu, tidak hairanlah Daeng Selili dan bangsanya mempunyai kemahiran navigasi maritim yang tinggi berbanding dengan suku tana Ugi yang lain. Malahan, angkatan armada laut beliau turut mendapat kepercayaan atau bantuan oleh Sultan Kerajaan Turki Uthmaniyyah bagi mengawal ancaman lanun-lanun Belanda, Portugis dan Inggeris khususnya di laluan perdagangan laut India, Nusantara dan Laut Champa atau dikenali sekarang sebagai Laut China Selatan.