Pengangkutan Daerah_Alor_Gajah

Terminal Bas AG Sentral

Alor Gajah boleh dihubungi dari Bandaraya Melaka melalui Lebuh AMJ , dari Tampin melalui Jalan Alor Gajah-Tampin dan dari Masjid Tanah melalui Jalan Alor Gajah-Masjid Tanah . Dari Lebuhraya Utara-Selatan AH 2 melalui susur keluar Simpang Ampat EXIT 227. Plaza Tol Simpang Ampat kira-kira 5 kilometer dari Bandar Alor Gajah. Alor Gajah merupakan satu-satunya keistimewaan bagi negeri Melaka kerana mempunyai stesen kereta api. Stesen Kereta Api Pulau Sebang / Tampin terletak kira-kira 2 kilometer arah ke Tampin. Satu lagi stesen KTMB daerah Alor Gajah terletak di Tebong. Walau bagaimanapun perkhidmatan kereta api antara bandar tidak berhenti di stesen ini. Namun demikian kerja-kerja menaik taraf juga dilakukan disebabkan laluan landasan berkembar elektrik turut melalui stesen ini.