Pentadbiran Daerah_Kulai

Pejabat Daerah Kulai

Daerah Kulai ditadbir oleh Pejabat Daerah Kulai. Ia terbentuk hasil daripada naik taraf sub-daerah Kulai kepada satu daerah penuh dan diwartakan pada 29 Mac 2007 dan dinamakan sebagai daerah Kulaijaya. Perasmian daerah baru ini telah diisytiharkan pada 21 Jun 2008 oleh Sultan Iskandar ibni Sultan Ismail Sultan Johor pada ketika itu.

Pada 28 Ogos 2015, Sultan Johor Sultan Ibrahim Ismail ibni Sultan Iskandar telah menitahkan Kerajaan Johor untuk menukar semula nama daerah Kulaijaya kepada nama asalnya iaitu Kulai dengan serta-merta[1].

Pihak berkuasa tempatan di daerah ini ialah Majlis Perbandaran Kulai.

Kerusi Parlimen P163 KULAI ialah kerusi parlimen yang mengandungi peratus penduduk Cina tertinggi di Johor (69%).