Ekonomi Daerah_Kulai

Kebanyakan penduduk tempatan bergiat dalam sektor pertanian, terutamanya di ladang getah dan kelapa sawit. Ada juga yang berniaga secara kecil-kecilan sepanjang jalan besar. Daerah Kulai mempunyai antara penempatan FELDA terawal di negeri Johor iaitu Felda Taib Andak. Daerah ini masih merupakan antara kawasan penanaman kelapa sawit yang paling utama berikutan banyak ladang kelapa sawit di daerah ini. Daerah ini turut mengeksport sayur-sayuran segar ke Singapura setiap hari.

Keadaan ekonomi di Kulai semakin berkembang berikutan pertambahan kilang yang dibina di Kulai dan Senai. Daerah Kulai juga berada di dalam kawasan Wilayah Pembangunan Iskandar (WPI).