Demografi Daerah_Labuk_Sugut

Penduduk Daerah Beluran adalah campuran pelbagai kumpulan etnik seperti Tidong, Orang Sungai, Kadazandusun dan Suluk, masyarakat menjadi lima komponen terbesar.

Masjid Pekan Beluran


  • Suku kaum Orang Sungai adalah suku kaum teramai mendiami daerah ini, Orang Sungai biasanya tinggal di kawasan pinggiran sungai di Beluran.
  • Orang Bajau dan Suluk pula banyak terdapat di kawasan persisiran pantai dan pulau-pulau sekitar Beluran, seperti Terusan Sugut, Pulau Jambongan, Tetabuan dan Kaniogan.
  • Manakala kaum Tidung pula mendiami Lidong dan sekitar Pekan Beluran.
  • Suku Dusun Labuk dan Dumpas mendiami kawasan Ulu Labuk dan kawasan pedalaman yang bersempadan dengan daerah Ranau.
  • Masyarakat Melayu Cocos pula banyak terdapat di Mukim Pamol.