Daerah_Temburong
Daerah_Temburong

Daerah_Temburong

Koordinat: 4°35′N 114°40′E / 4.583°N 114.667°E / 4.583; 114.667Daerah Temburong ialah salah satu dari empat daerah di Brunei. Ianya merupakan daerah yang paling timur, dan sebuah ekslaf iaitu terpisah dari tanah besar Brunei oleh Daerah Limbang dalam Sarawak, Malaysia. Daerah Temburong mempunyai keluasan 1,306 kilometer persegi (504 batu persegi) dan mempunyai keramaian penduduk 10,543 orang pada tahun 2016.[2][5] Bangar ialah petempatan utama dan satu-satunya pekan bagi daerah ini.