Daerah_lampu_merah
Daerah_lampu_merah

Daerah_lampu_merah

Daerah lampu merah merupakan sebahagian daripada sesebuah kawasan perbandaran di mana tertumpunya aktiviti pelacuran serta perniagaan berasaskan seks termasuklah kelab bogel, rumah urut, dsb. Istilah tersebut berasal daripada lampu merah yang digunakan untuk menandakan sesebuah rumah lacur.[1]Daerah lampu merah yang dikatakan paling terkenal ialah De Wallen di Amsterdam, Belanda. Di Malaysia, kawasan yang sering dikaitkan sebagai daerah lampu merah ialah kawasan Chow Kit di Kuala Lumpur, terutamanya berhampiran Lorong Haji Taib. Negara yang paling banyak dikaitkan dengan daerah lampu merah serta aktiviti pelacuran ialah Belanda dan Thailand, tetapi terdapat banyak lagi bandar raya utama lain di seluruh dunia yang memperoleh reputasi antarabangsa sebagai daerah lampu merah, walaupun selalunya tanpa pengiktirafan rasmi.[2]