Chow_Kit
Chow_Kit

Chow_Kit

Chow Kit merupakan suatu sub-daerah di tengah-tengah Kuala Lumpur, Malaysia. Ia terletak di sekitar Jalan Chow Kit dan ditutupi oleh jalan-jalan selari iaitu Jalan Raja Laut dan Jalan Tunku Abdul Rahman. Ia dinamakan bersempena dengan nama seorang pelombong timah dan kanselor perbandaran, Loke Chow Kit.Sekarang ini kawasan berkenaan mempunyai ciri-ciri Indonesia kerana pendatang Indonesia berniaga di gerai-gerai keciil. Akhir-akhir ini, wujud satu komuniti kecil Negro / orang Afrika terutama dari negara Nigeria. Ia mempunyai sebuah pasar pagi dikenali sebagai Bazaar Baru Chow Kit yang merupakan pasar pagi terbesar di Kuala Lumpur.[1] Ia juga bercirikan pasar malam yang dikenali sebagai Bundle Chow Kit di sepanjang Lorong Haji Taib yang mana juga dikenali ramai yang menjadi penjualan pakaian terpakai dan aksesori-aksesorinya.[2] Chow Kit juga dikenali sebagai daerah lampu merah dan sebagai tempat perjumpaan mak nyah. Ia juga dikenali sebagai tempat popular bagi penagih dadah.[3] Stesen Monorail Chow Kit terletak di dalam kawasan ini dan Stesen LRT PWTC terletak berdekatan.