Dahil_May_Isang_Ikaw

Dahil May Isang Ikaw (juga dikenali sebagai Destined Hearts di luar Filipina)[1] ialah sebuah siri drama waktu perdana Filipina yang disiarkan di ABS-CBN dari 24 Ogos 2009 hingga 15 Januari 2010.[2] Ia dibintangi oleh Jericho Rosales, Kristine Hermosa, Lorna Tolentino, Gabby Concepcion, John Estrada, Chin Chin Gutierrez, Karylle dan Sid Lucero. Drama ini menyaksikan penyatuan semula pasangan pelakon Jericho dan Kristine selepas lima tahun, sejak Sana'y Wala Nang Wakas. Dahil May Isang Ikaw dicalonkan di Anugerah Emmy Antarabangsa 2010 dalam kategori Telenovela dan Sid Lucero untuk Persembahan Terbaik oleh seorang Pelakon untuk peranannya sebagai Red Ramirez. Ia juga dicalonkan sebagai siri drama asing terbaik dalam Anugerah Emmy.[3] Di Malaysia, ia pernah disiarkan di Astro Bella dan TV3 pada 2013.

Dahil_May_Isang_Ikaw

Bahasa Filipina, Inggeris
Negara asal Filipina
Penerbit eksekutif Narciso Y. Gulmatico, Jr.
Pengarah Jerry Lopez Sineneng
Rechie Del Carmen
Lagu pembukaan Ikaw oleh Martin Nievera
Syarikat penerbitan Star Creatives
Tempoh siaran 30-45 minit
Siaran asal 24 Ogos 2009 (2009-08-24) – Januari 2010 (2010-01)
Pencipta ABS-CBN
Bilangan episod 105
Dibintangi oleh Kristine Hermosa
Jericho Rosales
Lorna Tolentino
Gabby Concepcion
John Estrada
Chin Chin Gutierrez
Karylle
Sid Lucero
Genre Drama
Ditulis oleh Mark Duane Angos
Rose Colindres
Jerome Co
Brean John De Leon
Saluran asal ABS-CBN