Kerjaya Daim_Zainuddin

Kerjaya Daim bermula sebagai guru sandaran di Kolej Sultan Abdul Hamid hingga 1957. Beliau kemudian lulus dalam Peperiksaan Peguam (Bar Examination) pada tahun 1959 selepas memasuki Lincoln's Inn hanya 18 bulan. Dengan ijazah undang-undang, beliau kemudiannya menyambung pelajaran dalam bidang Perancangan Bandar di Universiti California, Berkeley pada tahun 1977 dan memiliki ijazah pada tahun 1979.

Daim memulakan kerjaya dalam bidang undang-undang di Kota Bahru, Kelantan, dan kemudian menyertai perkhidmatan undang-undang dalam kerajaan. Beliau pernah menjawat jawatan majistret di Johor dan Timbalan Pendakwa Raya di Perak. Kemudian beliau membuka firma guamannya bersama Allen & Gledhill pada 1966. Tidak lama selepas itu, beliau membuka firma guamannya sendiri, Daim, Gamani. & Co.

Antara 1979 dan 1984, Daim merupakan Pengerusi Peremba Bhd, unit Perbadanan Pembangunan Bandar, yang merupakan salah sebuah syarikat yang mempelopori penglibatan aktif bumiputera dalam syarikat awam tersenarai. Beliau turut terbabit dalam bidang pemaju hartanah, Taman Maluri dan Taman Bukit Maluri. Daim turut memiliki jumlah saham yang besar dalam United Malayan Banking Corporation (UMBC) dan Malaysian French Bank ketika itu.

Beliau juga menjadi pengerusi Fleet Holdings Sdn Bhd, sebuah kumpulan media utama, dan Sistem Televisyen Malaysia Berhad. (TV3).