Dalang
Dalang

Dalang

Dalang atau tok dalang dalam bidang wayang kulit ialah seorang yang memainkan berbilang peranan, antaranya sebagai penulis cerita, pengarah lakonan, pengatur pentas, penyusun iringan, pengisah, pemain watak, dan "penyanyi". Kesimpulannya, dalang adalah seseorang yang mempunyai kemahiran berbilang disiplin, serta juga seorang pemimpin dalam pertunjukan dan kumpulannya.Untuk peranan ini, seorang dalang harus mempunyai ilmu pengetahuan yang sangat luas. Sudah tentu, berbagai-bagai bidang ilmu harus dipelajari, meskipun hanya sedikit, supaya dapat menyesuaikan cerita dengan perkembangan-perkembangan zaman dan nilai-nilai kekinian.Sesetengah orang[nyatakan menurut siapa?] berpendapat bahawa perkataan dalang berasal daripada perkataan bahasa Indonesia, "dahyang" yang membawa pengertian "penyembuh berbagai-bagai penyakit". Dalam bahasa Jawa pula, dalang bermaksud "ngudal piwulang" (menerangkan ilmu), dan memberikan pencerahan kepada para penontonnya.Di Kelantan, Tok Dalang membawa watak-watak dalam wayang kulit dengan loghat Kelantan atau Thailand. Di Kedah, Tok Dalang membawa hikayat dengan menggunakan loghat Kedah.