Darjah_Empayar_British
Darjah_Empayar_British

Darjah_Empayar_British

The Most Excellent Order of the British Empire ("Darjah Yang Paling Cemerlang Empayar British") adalah anugerah kesateriaan Great Britain ataupun England dikurniakan kepada rakyat jelata British atas sumbangan kepada sains dan kesenian, penglibatan dalam kerja amal kebajikan serta khidmat awam selain dalam jawatan kerajaan.[1] Anugerah kurniaan ini diasaskan oleh Raja George V pada 4 Jun 1917; ia terdiri dari lima kelas diberikan merentasi division awam dan ketenteraan ;[2] yang mana pangkat teratas seperti tersenarai di bawah adalah darjah tertinggi menurut turutan:Terdapat satu lagi jenis anugerah iaitu “British Empire Medal” yang mana penerimanya bukan dari anggota pemerintah (bukan rakyat England). Anugerah tersebut sudah tidak lagi diguna pakai atau diberi di England pada masa kini, tetapi masih digunakan oleh beberapa negara-negara komanwel sahaja seperti Bahamas dan Kepulauan Cook.Cogankata utama yang menghiasi kalung pingat darjah ini adalah For God and the Empire dalam bahasa Inggeris yang bermaksud "Demi Tuhan dan Empayar".