Dasar_Jiran_Baik

Dasar Jiran Baik (Bahasa Inggeris: Good Neighbor policy) merupakan dasar luar negara Amerika Syarikat terhadap negara-negara Amerika Latin sewaktu pemerintahan Presiden Franklin Roosevelt. Prinsip utamanya merupakan dasar tiada campur tangan dalam hal-ehwal dalam negeri Amerika Latin. Ia juga menegaskan gagasan bahawa AS merupakan “jiran baik” dan terlibat dalam pertukaran salingan dengan negara-negara Amerika Latin[1]. Keseluruhannya, pentadbiran Roosevelt mengharapkan dasar ini untuk melahirkan peluang ekonomo baru dalam bentuk perjanjian perdagangan bersama serta menegaskan semula pengaruh AS di Amerika Latin.[2]