Pembangunan Dassault_Rafale

Pada pertengahan tahun 1970-an, Tentera Udara Perancis (Armée de l'Air) dan Tentera Laut Perancis (Aéronavale) telah melahirkan keperluan (terutamanya Tentera Laut Perancis) untuk mencari pesawat pejuang generasi baru bagi menggantikan pesawat SEPECAT Jaguar dan F-8 Crusader, yang mana keperluan ini boleh dikatakan lebih kurang sama hingga boleh disatukan di bawah projek yang sama.

Pesawat prototaip Dassault Rafale A

Pesawat demonstrasi teknologi Rafale A telah dikeluarkan pada akhir tahun 1985 dan melakukan penerbangan sulong pada 4 Julai 1986. Enjin SNECMA M88 yang dibangunkan dianggap tidak cukup bersedia semasa program percubaan pertama dilakukan tanpa mendatangkan risiko (seolah-olah status pembangunannya kadang-kadang tidak begitu menonjol), oleh sebab itu pesawat demonstrasi ini telah dilengkapi dengan kipas turbo pembakaran lanjut General Electric F404-GE-400 sepertimana yang digunakan untuk pesawat F/A-18 Hornet. Pesanan untuk pesawat ini kemudian telah dibuat pada tahun 1988.

Ujian lanjutan disambung, termasuk pendaratan touch-and-go dan penerbangan ujian dengan menggunakan model awal enjin M88, sebelum ujian Rafale A dihentikan pada tahun 1994. Pesawat Rafale A dan pesawat British Aerospace EAP adalah setanding. Apabila pesawat Eurofighter Typhoon melakukan penerbangan sulong pada Mac 1994, pesawat pra-siri Rafale telah melakukan 3 tahun ujian penerbangan, termasuk pendaratan percubaan di atas kapal pengangkut (Pesawat Rafale C01, Rafale M01 dan Rafale B01 masing-masing terbang pertama kali pada Mei 1991, Disember 1991 dan April 1993).3 versi pesawat Rafale telah dipesan pada peringkat permulaan iaitu:

  • Rafale C (Chasseur) Pesawat satu tempat duduk untuk Tentera Udara Perancis.
  • Rafale B (Biplace) Pesawat 2 tempat duduk untuk Tentera Udara Perancis.
  • Rafale M (Marine) Pesawat satu tempat duduk untuk Tentera Laut Perancis.

Prototaip pesawat Rafale C terbang pada tahun 1991 manakala pesawat prototaip pertama Rafale M terbang selepas itu pada tahun yang sama. Pesawat prototaip Rafale B pula diterbangkan pada awal tahun 1993, sementara pesawat prototaip kedua Rafale M diterbangkan selepasnya. Ujian menggunakan pelancar telah dimulakan antara 13 Julai dan 23 Ogos 1992 di Stesyen Udara Tentera Laut Lakehurst, New Jersey, AS dan Stesyen Udara Tentera Laut Patuxent River, di Maryland, AS. Ujian dilakukan di AS disebabkan Perancis tidak mempunyai kemudahan ujian pelancar di darat. Pesawat ini kemudiannya melakukan ujian di atas kapal pengangkut pesawat Foch.


Pada mulanya pesawat Rafale B dianggap sebagi pesawat latihan, tetapi pengalaman semasa Perang Teluk dan Perang Kosovo menunjukkan kehadiran anak kapal kedua sangat penting dalam melaksanakan misi serangan dan tinjauan. Oleh sebab itu, lebih banyak pesawat Rafale B dipesan sebagai gantian untuk beberapa pesawat Rafale C. Ini bermakna kira-kira 60% daripada jumlah pesawat Rafale Tentera Udara Perancis terdiri daripada versi 2 tempat duduk . Keputusan sama juga dibuat oleh Tentera Laut Perancis, yang mana pada mulanya tidak memiliki sebarang pesanan untuk pesawat versi 2 tempat duduk.

Keadaan politik dan ekonomi yang tidak menentu menyebabkan tiada pengeluaran untuk pesawat Rafael M sehingga tahun 1999.

Pada mulanya Perancis dikatakan akan memesan sehingga 294 buah pesawat Rafale: iaitu 232 buah pesawat untuk Tentera Udara Perancis dan 60 buah pesawat untuk Tentera Laut Perancis. Berlalunya masa, jumlah pesanan ini kian menurun dan difahamkan hanya 120 buah pesawat Rafale telah mendapat pesanan rasmi. Pesawat ini telah dihantar dalam beberapa kelompok, yang mana pesanan terakhir telah dibuat pada Disember 2004 untuk 59 buah pesawat Rafale. Walaupun Kementerian Pertahanan Perancis memndedahkan bahawa jumlah ini masih di dalam kajian dan berkemungkinan besar akan dikurangkan kepada 51 buah pesawat pada harga yang sama. Ini membayangkan 8-12 buah pesawat akan dikorbankan untuk memberi laluan kepada pemasangan sistem pengesan baru yang dibangunkan oleh pihak industri kepada kelompok ini."

Pesawat Rafale B semasa di Pertunjukan Udara Paris 2007.

Keutamaan pengeluaran diberikan kepada pesawat Rafale versi marin disebabkan pesawat ini amat diperlukan untuk menggantikan pesawat pejuang yang uzur iaitu Vought F-8. Penghantaran bermula pada tahun 2001 dan mula memasuki perkhidmatan pada 4 Disember 2000, walaupun skuadron pertama iaitu, Flotille 12 sebenarnya masih belum ditubuhkan semula sehingga 18 Mei 2001. Pesawat ini memulakan perkhidmatan di atas kapal pengangkut pesawat Charles de Gaulle pada 2002, dan beroperasi sepenuhnya pada 25 Jun 2004, berikutan penilaian operasi yang mana termasuk misi-misi sokongan sebagai pengiring penerbangan terhad dan penangki semasa Operasi Kebebasan Kekal di Afghanistan. Walaupun fungsi udara-ke-udara dihadkan dan pilihan senjata yang terhad, pesawat Rafale M telah diakui antara pesawat pejuang yang termaju di Eropah.[perlu rujukan]

Tentera Udara Perancis menerima 3 buah pesawat Rafale B pertamanya (standand F2) pada akhir Disember 2004. Pesawat ini kemudian dihantar ke Pusat Latihan Penerbangan Tentera di Mont-de-Marsan untuk penilaian operasi dan latihan peralihan juruterbang. Unit hadapan pertama Tentera Udara Perancis iaitu Escadron de Chasse 1/7 Provence, telah ditubuhkan di Saint-Dizier pada tahun 2006. Kelewatan penubuhan skuadron ini adalah disebabkan oleh kelewatan penghantaran pesawat. Pada mulanya, Keupayaan Operasi Penuh secara optimis dijadualkan pada bulan September 2006, akan tetapi telah dijadualkan semula ke pertengahan-2007. Pesawat yang sepatutnya telah mencapai tahap Operasi Penuh adalah pesawat dari jenis pejuang-pengebom dengan persenjataan peluru berpandu udara-ke-udara MICA, peluru berpandu kruis SCALP EG, bom panduan-GPS, dan bom panduan laser. Terdapat kemungkinan pesawat ini akan menggunakan jenis senjata/platfom yang berlainan atau sistem senjata permukaan.

Rujukan

WikiPedia: Dassault_Rafale http://www.estadao.com.br/nacional/not_nac115010,0... http://www.airforce-technology.com/projects/rafale... http://www.airtoaircombat.com/detail.asp?id=4 http://www.dassault-aviation.com/en/defense/rafale... http://www.dassault-aviation.com/en/defense/rafale... http://www.dassault-aviation.com/en/defense/rafale... http://www.dassault-aviation.com/fileadmin/user_up... http://www.dassault-aviation.com/fileadmin/user_up... http://www.dassault-aviation.com/wp-content/blogs.... http://www.dassault-aviation.com/wp-content/blogs....