Penyandang Datuk_Bandar_Pulau_Pinang

Sehingga kini, Majlis Bandaraya Pulau Pinang diketuai oleh tiga orang Datuk Bandar.

Patahiyah Ismail menjadi Datuk Bandar wanita pertama di Pulau Pinang pada 2015 hingga 2017. Kemudian, beliau digantikan dengan Maimunah Mohd Sharif.[2][3] Walau bagaimanapun, kepimpinan Maimunah sebagai Datuk Bandar hanya selama setahun sahaja berikutan pelantikan beliau sebagai Pengarah Eksekutif Program Penempatan Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu atau UN HABITAT; yang mana Maimunah merupakan warga Asia pertama yang dilantik ke jawatan tersebut.[4][5] Yew Tung Seang kemudiannya dilantik sebagai Datuk Bandar bermula 2018.[6]

#NamaTempoh khidmatCatatan
1Patahiyah Ismail2015 – 2017[3]
2Maimunah Mohd Sharif2017 – 2018[2]
3Yew Tung Seang2018 –[6]