Muasal Datuk_Gong

Kepercayaan ini diketahui terbawa dalam kalangan buruh dibawa dari Tanah China pada abad ke-19 di mana mereka memuja Dewa Tanah memohon perlindungan dalam perjalanan serta mendapatkan rezeki murah dalam pekerjaan mereka;[3][4] penyembahan "Datuk-Datuk" ini pula dilihat sebagai pelanjutan daripada kegiatan ini di mana roh-roh ini dilihat mampu menjaga mereka dalam tanah baharu ini.[4] Bahkan, ada juga yang berpendapat bahawa pemujaan roh-roh datuk ini merupakan kesinambungan daripada animisme dilakukan warga setempat termasuk yang Melayu sebelum anutan Islam semakin menguat, dan kepercayaan lama ditinggalkan ini kemudiannya terserap oleh masyarakat Cina sendiri.[5]

Para pemuja ini menetapkan pengenalan atau identiti sesuatu Datuk Gong ini dari kalangan roh orang Melayu Islam kerana identiti ini dipercayai ada kaitan dengan pengetahuan tuan milik roh terhadap kawasan setempat lalu memberikan kuasa kesaktian (靈 líng) yang mampu menolong para pemuja dalam segala urusan peribadi mereka.[4]