Daulah terpendam

Negara [di] dalam negara[1] (state within a state) atau daulah terpendam (daripada Bahasa Turki: derin devlet melalui Bahasa Inggeris: deep state) adalah situasi politik dalam sebuah negara apabila organ internalnya seperti angkatan bersenjata, badan perisikan atau sebarang penguasa awam (termasuk polis, polis rahsia, agensi pentadbiran, dan birokrasi pemerintah) polis diperhatikan tidak mengakui kepemimpinan awam melalui tindakan ia yang tampak tidak seiringan pendirian pemerintahan negara tersebut.Konsep ini juga merujuk pada syarikat korporat baik yang dimiliki pemerintah atau swasta) yang bertindak secara de facto seumpama memegang kuasa sah pemerintah syarikat swasta, padahal tanpa adanya pengawalseliaan atau kawalan kerajaan.[2]