Dayabumi
Dayabumi

Dayabumi

Kompleks Dayabumi merupakan salah satu bangunan pencakar langit di Kuala Lumpur. Ia terletak berhampiran Masjid Negara, stesen kereta api lama dan Rumah Persekutuan di Jalan Sultan Hishamuddin. Dayabumi menjadi salah satu mercu tanda di Kuala Lumpur. Menara ini terletak di Jalan Sultan Hishamuddin, Kuala Lumpur. Terdapat pelbagai bangunan di sekitar kawasan ini dan menjadi tumpuan pelbagai aktiviti sukan, kebudayaan dan politik. Dataran Merdeka dan Bangunan Sultan Abdul Samad hanya 200 meter dari sini.Rekabentuknya berteraskan senibina Islam iaitu corak bintang segi lapan , pintu gerbang dan bawah menara. Bangunan setinggi 35 tingkat ini siap dibina pada 1984 dan menempatkan pejabat syarikat multinasional Petronas. Di sebelahnya ialah Pejabat Pos Besar, Stesen Komuter KTM , kompleks beli-belah Point.