Pejabat_Pos_Besar

Pejabat Pos Besar (B. Inggeris: General Post Office; kependekannya GPO) secara rasmi ditubuhkan di England pada 1660 oleh Raja Charles II yang kemudiaanya berkembang menjadi pusat penggabungan fungsi sistem perkhidmatan pos negeri dan pembekal telekomunikasi. Pejabat Pos Besar yang seumpamanya juga didirikan di seluruh Empayar British. Pada tahun 1969, GPO telah dimansuhkan dan asetnya dipindahkan ke Pejabat Pos (The Post Office), dimana ia bertukar daripada Jabatan Negara kepada sebuah perbadanan berkanun. Pada 1980, perkhidmatan pos dan telekomunikasi diasingkan, sebelum pengasingan British Telecommunications kepada perbadanan berasingan milik awam sepenuhnya yang berlaku pada tahun berikutnya hasil daripada Akta Telekomunikasi British 1981.