Watak Death_Note

Rencana utama: Watak Death Note

Watak utama

Light YagamiLight Yagami (Kira) (夜神月, Yagami Raito) Disuarakan oleh: Mamoru MiyanoWatak utama Death Note. Light adalah seorang pelajar berusia 17 tahun yang pintar tetapi sering berasa bosan. Setelah dia menemui Nota Maut kepunyaan shinigami bernama Ryuk yang tercicir di dunia manusia, dia mula menggunakannya untuk membunuh semua penjenayah. Matlamat utamanya adalah membersihkan dunia daripada kejahatan agar dapat mencipta dunia baru dan menjadi "tuhan" bagi dunia baharu itu. Dia menganggap dirinya adil.LL (エル, Eru) Disuarakan oleh: Kappei Yamaguchi(Nama sebenar : L Lawliet) L ialah penyiasat terkemuka dunia yang bertugas mengesan dan menangkap Kira serta menjadi musuh ketat Light. Penampilan ganjilnya tidak mencerminkan kehebatannya dalam bidang penyiasatan; L suka duduk mencangkung dan memakan gula-gula semasa bermesyuarat. Dia sering menggunakan strategi drastik bagi mengelirukan dan memerangkap Kira walaupun menghadapi risiko untuk mengorbankan nyawanya sendiri.Misa AmaneMisa Amane (弥海砂, Amane Misa) Disuarakan oleh: Aya HiranoSeorang gadis yang cinta akan Kira. Dia ialah idola Jepun yang popular, dan sering berpakaian gaya Gothik Lolita. Dia berperangai keanak-anakan dan sering menggunakan kata ganti diri ketiga (memanggil dirinya "Misa-Misa") untuk nampak comel. Misa mencintai Light "pada pandangan pertama". Namun Light hanya melihatnya sebagai aset utama bagi rancangannya kerana Nota Maut dan "Mata Shinigami" milik Misa (yang diperolehinya dengan menggadaikan separuh daripada baki jangka hayatnya). Mata Shinigami membolehkan Misa mengetahui nama dan masa ajal seseorang dengan hanya melihat muka mereka. Hal ini membolehkan Kira mendapat kelebihan dalam pertarungannya dengan musuh-musuhnya. Dia jatuh cinta kepada Kira (Light) setelah mendapat tahu melalui akhbar bahawa pembunuh keluarganya telah dibunuh oleh Kira, tidak kira tindakan tersebut adalah salah atau tidak.Mello (メロ, Mero)(Nama sebenar : Mihael Keehl) Mello ialah anak yatim yang membesar bersama-sama Near di rumah anak yatim berbakat luar biasa milik Watari. Dia juga ialah calon utama pewaris L. Seperti L yang gemar memakan gula-gula, Near juga gemar memakan coklat. Tidak seperti Near dan L, dia sering bersikap emosional walaupun agak pintar.Near (ニア, Nia)(Nama sebenar : Nate River) Seperti Mello, Near adalah salah seorang calon pengganti L dan memanggil dirinya N semasa penyiasatan. Dia juga memiliki persamaan seperti L; jika L suka bermain dengan benda seperti gula batu dan garpu, Near suka bermain alat permainan dan rambutnya sendiri. Dia menawarkan diri untuk bekerjasama dengan Mello bagi menentang Kira. Apabila Mello menolak, dia memperoleh sokongan kerajaan Amerika Syarikat dan menubuhkan Pasukan Penyiasatan Kira (Special Provision for Kira; SPK).

Shinigami (Dewa Maut)

Shinigami, atau dikenali sebagai Dewa Maut, adalah makhluk berupa seperti syaitan yang tinggal di Dunia Shinigami. Mereka menulis nama manusia di dalam Nota Maut masing-masing untuk memanjangkan jangka hayat mereka. Walau bagaimanapun, oleh sebab keadaan di Dunia Shinigami amat membosankan, tindakan tersebut sering ditertawakan dan hanya dilakukan secara sembunyi. Shinigami tidak boleh dibunuh secara fizikal seperti tikaman atau tembakan, dan mesti mematuhi peraturan yang ketat jika mahu terus hidup tanpa hukuman.

RyukRyuk (リューク, Ryūku) Disuarakan oleh: Shidou NakamuraShinigami yang mencicirkan Nota Mautnya ke dunia manusia, yang kemudiannya dikutip oleh Light. Dia bertanggungjawab memulakan kisah Death Note kerana berasa bosan. Ryuk sering bersikap atas pagar atau neutral, maka dia kerap enggan menolong Light dan hanya sekadar menonton sahaja. Paling penting, dia bukanlah kawan atau lawan bagi Light. Dia hanya bertindak mengikut kemahuannya untuk menghiburkan hatinya dan sering tidak memberitahu secara terperinci mengenai Nota Maut kepada Light. Ryuk mementingkan diri sendiri, tetapi pada masa tertentu dia pasti akan menolong Light jika dia dihiburkan atau diberi epal. Ryuk amat menggemari epal dan menganggap epal adalah makanan khusus untuk shinigami.RemRem (レム, Remu) Disuarakan oleh: Kimiko SaitouShinigami perempuan yang memberikan Nota Maut dan Mata Shinigami kepada Misa. Seperti Ryuk, dia memiliki 2 Nota Maut, tetapi memberikan salah satu daripadanya kepada Misa. Rem mewarisi Nota Maut keduanya daripada Jealous dan menganggapnya lebih sesuai untuk diberikan kepada Misa. Yang ganjilnya, Rem juga mewarisi perasaan sayangnya kepada Misa dan juga ingin melindungi Misa walaupun dia terpaksa menggadai nyawanya sendiri. Dia mendedahkannya kepada Light apabila dia secara terang-terangan tidak mempercayai Light dengan mengatakan bahawa jika Misa mati sebelum ajalnya, Rem akan membunuh Light, dengan itu akan turut menamatkan riwayatnya juga.Jealous (ジェラス, Jerasu) Disuarakan oleh: Ken'ichi MatsuyamaJealous hanya muncul semasa imbasan kembali dalam jilid 4 apabila Rem menerangkan satu cara membunuh shinigami. dalam imbasan kembali tersebut, Rem ternampak Jealous memerhatikan Misa Amane semasa kecil di dunia manusia. Terperanjat dengan sikapnya yang amat mengambil berat, Rem turut menyaksikan detik yang sepatutnya menjadi detik terakhir Misa. Oleh kerana dia tidak mahu Misa mati, dia menulis nama bakal pembunuh Misa di dalam Nota Mautnya. Akibatnya Jealous mati dan jasadnya berubah menjadi seakan pasir bercamput karat sebagai hukuman kerana memanjangkan jangka hayat manusia. Rem mewarisi Nota Maut keduanya dari Jealous yang telah mati. Nama Jealous sering disalah eja sebagai "Gelus" dan ejaan sebenar namanya didedahkan dalam Death Note: How to Read 13.ShidohShidoh adalah shinigami yang datang ke dunia manusia untuk merampas Nota Mautnya yang dicuri oleh Ryuk. Setelah mendapati Nota Mautnya berada di tangan Mello, dia mendedahkan dirinya kepada Mello dan memberitahu rahsianya. Dia sering dikenali sebagai shinigami yang bodoh.Armonia Jastin Beyondllemason (Jastin si Tulang Barang Kemas)Walaupun hanya muncul sekejap di jilid 8, Jastin memberi Shidoh beberapa tatal mengandungi pelbagai peraturan untuk berinteraksi dengan manusia. Dia juga memaklumkan kepada Shidoh bahawa Nota Mautnya memang dicuri oleh Ryuk. Shidoh menggunakan maklumat tersebut untuk berhubung dengan Mello.

Rujukan

WikiPedia: Death_Note http://www.demorgen.be/dm/nl/nieuws/belgie/603795?... http://www.animenewsnetwork.com/ http://www.animenewsnetwork.com/article.php?id=611... http://www.animenewsnetwork.com/article.php?id=652... http://www.animenewsnetwork.com/article.php?id=883... http://www.animenewsnetwork.com/article.php?id=975... http://www.animenewsnetwork.com/article.php?id=983... http://www.animenewsnetwork.com/encyclopedia/anime... http://www.animenewsnetwork.com/encyclopedia/anime... http://www.animenewsnetwork.com/encyclopedia/relea...