Media Death_Note

Death Note bermula sebagai siri manga dan kemudiannya diadaptasi dalam filem, anime yang berasaskan manganya dan sebuah novel ringan. Sebuah permainan video juga bakal dilancarkan.

Manga

Siri manga Death Note mula diterbitkan dalam majalah manga Jepun Weekly Shonen Jump oleh Shueishapada Disember 2003. Siri manga tersebut berjumlah 108 bab kesemuanya. Kesemua bab manga dibahagikan kepada 12 jilid. Kemudian, jilid ke-13 bertajuk "Death Note - How to Read" telah dilancarkan sebagai panduan bagi menyelesaikan beberapa persoalan yang tidak terjawab pada penghujung manganya, seperti hala tuju setiap watak. Death Note telah dilesenkan untuk pasaran Amerika Syarikat kepada VIZ Media,[1] dan jilid bahasa Inggeris pertama diterbitkan pada 4 Oktober 2005.[2]Setakat ini Viz Media telah menerbitkan 9 jilid berbahasa Inggeris. Selain itu, manganya juga telah diterbitkan dalam pelbagai bahasa lain seperti bahasa Jerman, bahasa Melayu dan bahasa Cina. Versi bahasa Melayu diterbitkan secara episod bersiri di dalam majalah Arena Komik dan episod terakhirnya baru sahaja tamat pada keluaran Februari 2007.

Setakat ini, manga Death Note telah terjual sebanyak 20 juta naskhah di Jepun.[3]

Filem

Poster promosi filem aksi Death Note, dibintangi Tatsuya Fujiwara sebagai Light (kiri) dan Ken'ichi Matsuyama sebagai "L" (kanan)

Death Note juga telah diadaptasi kepada 2 siri filem di layar perak.[4] Filem pertama (berjudul Death Note) mula ditayangkan di Jepun pada 17 Jun 2006 dan menerajui takhta box office Jepun selama 2 minggu berturut-turut, menewaskan The Da Vinci Code di tempat kedua.[5] Filem ini juga sangat popular di Malaysia sejak mula ditayangkan pada 9 Disember 2006. Ia lebih cenderung kepada siri manganya (dengan sedikit pengubahsuaian jalan cerita seperti watak tambahan Shiori sebagai teman wanita Light dan keadaan bagaimana Light dan L mula dipertemukan), bermula dengan Light sebagai pelajar universiti dan imbasan kembali ke setahun yang lalu di mana dia mula-mula menerima Nota Maut. Filem itu tamat dengan pertemuannya dengan L.

Filem kedua bertajuk Death Note 2: The Last Name, mula ditayangkan pada 3 November 2006 dan terus menjuarai carta box office Jepun,[6] kekal di tangga pertama selama 4 minggu berturut-turut,[7] dan mengutip keuntungan sejumlah 5.5 billion yen di Jepun pada akhir tahun, menjadikannya filem Jepun yang mencatat kutipan tertinggi pada tahun 2006.[8] Ia mewnggabungkan unsur-unsur pada jalan cerita yang selebihnya di dalam manga, tetapi dengan sedikit perbezaan.

Sebuah filem spin-off yang menampilkan L sebagai watak utama[9] masih dalam proses penerbitan dan bakal dilancarkan pada tahun 2007. Lokasi penggambarannya ialah di Amerika Syarikat.

Death Note (死亡筆記) telah ditayangkan di Hong Kong pada 10 Ogos 2006, di Taiwan pada 8 September 2006, di Singapura pada 19 Oktober 2006 & di Malaysia pada 9 November 2006 dengan sari kata Inggeris dan Cina. Sambungannya ditayangkan di Hong Kong pada 3 November 2006, di Taiwan pada 24 November 2006, di Singapura pada 28 Disember 2006, dan di Malaysia pada 25 Januari 2007, dengan sari kata Inggeris dan Cina. Tayangan perdana sedunia ditayangkan di pawagam UA Langham Place di Hong Kong pada 28 Oktober 2006, dan ini adalah filem Jepun pertama yang mengadakan tayangan perdana sedunia di Hong Kong. VCD dan DVD bagi kedua-dua filem tersebut kini boleh didapati di kedai-kedai VCD / DVD di seluruh negara, dengan dialog berbahasa Jepun dan sari kata Inggeris.

Lagu tema

Filem pertama
Filem kedua

Pelakon utama

Novel ringan

Sebuah novel ringan yang merupakan adaptasi daripada siri tersebut telah ditulis oleh Ishin Nishio, berjudul Death Note: Another Note.[10][11] Novel tersebut merupakan prekuel kepada siri manga tersebut, dengan Mello menjadi pencerita mengenai pertemuan pertama L dengan Naomi Misora semasa "Kes Pembunuhan Bersiri BB" Los Angeles diceritakan di dalam manga. Selain watak Naomi, novel tersebut memfokuskan cara L bekerja. Di balik tabir ialah rumah anak yatim Watari dan bagaimana keseluruhan sistem individu pintar seperti L, Mello dan Near bekerja.

Anime

Siri anime Death Note mula disiarkan di Jepun pada 3 Oktober 2006,[12] dan dijadualkan akan ditayangkan sebanyak 37 episod.[13] Berbeza dengan filemnya, siri anime menurut sepenuhnya jalan cerita di dalam manga dengan hanya sedikit pengubahsuaian rekabentuk watak dan aturan fakta, termasuklah babak yang tidak ditunjukkan di dalam manga. Ia juga ditetapkan pada tahun 2007 berbanding tahun 2003 di dalam manga. Siri tersebut disiarkan di saluran Nippon Television setiap hari Rabu pada pukul 12.56 tengah malam.[14]

Setakat 10 Januari 2007, siri tersebut dilesenkan kepada VIZ Media bagi siaran di Amerika Syarikat termasuklah perkhidmatan "Muat Turun untuk Dimiliki" dan "Muat Turun untuk Disewa" semasa siri tersebut masih lagi disiarkan di Jepun, satu langkah yang disifatkan "signifikan kerana ia menandakan detik kali pertama anime Jepun dibenarkan untuk dimuat turun secara sah semasa masih disiarkan di stesen televisyen Jepun".[15] DVD bagi siri tersebut akan dilancarkan dalam versi alih suara bahasa Inggeris, manakala versi muat turun pula kekal berbahasa Jepun dengan sari kata bahasa Inggeris.[16] Maklumat mengenai DVD versi bahasa Jepun masih lagi tidak jelas. Tarikh pelancaran bagi kedua-dua versi tersebut juga masih belum diumumkan.[16]

Lagu tema anime

Pembukaan
Penutup
  • Pertama: "Alumina" (アルミナ, Arumina) oleh Nightmare (episod 1 - 19)
  • Kedua: "Zetsubou Billy" (絶望ビリー, Zetsubō Birī) oleh Maximum the Hormone (episod 20 - 36)
  • Ketiga: "Coda ~ Death Note" oleh Yoshihisa Hirano (episod 37)

Selingan

  • "Misa no Uta" oleh Aya Hirano (episod 25)

Episod

Permainan video

Sebuah permainan video Death Note telah dibangunkan bagi pelantar Nintendo DS, bertajuk Death Note: Kira Game. Ia dijadualkan akan dilancarkan pada 15 Februari 2007.[17] Kira Game ialah permainan strategi di mana pemain memainkan watak Kira atau L. Ia cuma sekadar tajuk, kerana mana-mana watak boleh jadi Kira atau L. Permainan akan cuba membuat tekaan siapa musuh mereka (Kira cuba mendedahkan identiti L dan sebaliknya). Permainan ini terbahagi kepada 3 fasa: Penyiasatan, di mana pemain membincangkan kes dan petunjuk dengan watak lain; Undian, di mana setiap ahli kumpulan penyiasatan mengundi siapa yang mereka syaki adalah L atau Kira berdasarkan perkembangan fasa sebelumnya; L/Kira, di mana pemain boleh sama ada menumpukan kepada penyiasatan kepada seorang ahli untuk melihat sama ada dia adalah Kira (peranan L) ataupun memaksa seorang ahli keluar dari kumpulan (peranan Kira). [18]

Beberapa watak dari from Death Note muncul dalam permainan Jump Super Stars dan Jump Ultimate Stars, sebuah permainan perlawanan menampilkan watak-watak dari judul yang disiarkan di dalam Shonen Jump.

Runut bunyi

Rencana utama: Runut bunyi Death Note

Terdapat beberapa runut bunyi dilancarkan bagi siri ini, seperti di dalam filem dan juga di dalam anime.

Rujukan

WikiPedia: Death_Note http://www.demorgen.be/dm/nl/nieuws/belgie/603795?... http://www.animenewsnetwork.com/ http://www.animenewsnetwork.com/article.php?id=611... http://www.animenewsnetwork.com/article.php?id=652... http://www.animenewsnetwork.com/article.php?id=883... http://www.animenewsnetwork.com/article.php?id=975... http://www.animenewsnetwork.com/article.php?id=983... http://www.animenewsnetwork.com/encyclopedia/anime... http://www.animenewsnetwork.com/encyclopedia/anime... http://www.animenewsnetwork.com/encyclopedia/relea...