Defenestratio_Pragensis
Defenestratio_Pragensis

Defenestratio_Pragensis

Terdapat tiga kejadian dalam sejarah Bohemia (kini dalam Republik Czech) di mana beberapa orang (sama ada yang hidup atau mati) dibaling keluar daripada tingkap seberapa bangunan di kota Praha; insiden yang ganjil tapi mengerikan ini turut diberi nama Latinnya Defenestratio Pragensis[nota bahasa 1] (Bahasa Czech: Pražská defenestrace, Bahasa Jerman: Prager Fenstersturz, Bahasa Inggeris: Defenestrations of Prague). Kejadian-kejadian ini berlaku antara kala masa yang tidak tentu iaitu pada 1419, 1483 dan 1618; ketiga-tiga rusuhan ini memainkan peranan utama menyebabkan seberapa kejadian utama dalam sejarah Eropah.Pelemparan sebegini merupakan tindakan mengganas sering lazim berlaku pada zaman-zaman Pertengahan dan moden awal sebagai suatu penghakiman atau penghukuman oleh orang ramai; ia turut merupakan penunjukkan rasa kebencian terhadap kuasa atasan yang dianggap layak penggulingannya ketika masyarakat ini sering terpisah secara peringkat kelas.