Geografi Delta_Danube

Setiap tahun, aluvium yang didepositkan dari Danube meningkatkan lebar delta itu pada kira-kira 40 meter, membuatkannya sangat dinamik. Di Tulcea, Danube terbahagi kepada tiga batang cabang aliran sungai sebelum mengalir ke dalam Laut: Chilia, Sulina dan Sfântu Gheorghe (Saint George) (Keramat George), walau bagaimanapun terdapat banyak lagi saluran lain yang berpecah membentuk Delta ke dalam kawasan-kawasan dengan mensiang, paya, pulau-pulau dan hutan, yang sesetengahnya dibanjiri pada musim bunga dan musim luruh. 2,500 tahun dulu, Herodotus pernah berkata bahawa pada masanya, Danube mempunyai tujuh cabang aliran ke laut tetapi sekarang hanya tinggal tiga sahaja.

Kebelakangan ini, dua terusan kendalian manusia menyeberangi Delta Danube. Kedua-dua terusan ini ialah kepunyaan Romania. Dalam tahun 2004, Ukraine merasmikan projek pembinaan bagi Terusan Bistroe untuk memberi tambahan satu terusan penghubung yang boleh disusuri dari Laut Hitam ke Delta Danube sebelah bahagian Ukraine. Bagaimanapun, Kesatuan Eropah menasihati Ukraine agar membatalkan projek itu kerana projek itu mungkin mengakibatkan kerosakan kepada ekosistem Delta Danube yang sudah rapuh. Pihak orang Romania pula bertegas bahawa mereka akan mendakwa Ukraine di Mahkamah Keadilan Antarabangsa jika masih tetap dengan keputusan mereka. Presiden Kuchma dari Ukraine pula mendakwa bahawa pihak Romania hanya takut bersaing daripada manfaat yang akan diperoleh daripada saluran baru kelak, dan mereka juga berusaha untuk membina saluran. Ketika pemerintahan Presiden Yuschenko, yang melawati Romania pada tahun 2005, kedua-dua belah pihak (Romania dan Ukraine) telah bersetuju bahawa badan profesional patut memutuskan nasib saluran itu. Dalam jangka panjang, Ukraine merancang membina terusan itu untuk saluran pelayaran, kalau bukan melalui Terusan Bistroe, saluran pelayaran itu akan diteruskan pada saluran lain.

Gambar Delta Danube