Perdebatan mengenai
demokrasi di
China telah menjadi medan pertempuran ideologi utama dalam
politik China sejak abad ke-19. China merupakan negara yang bukan
demokrasi liberal. Namun begitu, kerajaan China dan
Parti Komunis China (PKC) menyatakan bahawa China masih demokratik. Ramai pemerhati asing dan beberapa pemerhati domestik mengkategorikan China sebagai
negara satu parti autoritarian, dengan sesetengahnya mengatakan ia mematuhi
neoautoritarianisme.
[1] Terdapat beberapa orang yang menggambarkan sifat ia sebagai
pemerintahan kediktatoran.
[2]Perlembagaan Republik Rakyat China (RRC) menyatakan bahawa bentuk kerajaannya ialah "
kediktatoran demokrasi rakyat".
[3] Perlembagaan tersebut juga berpendapat bahawa China ialah negara satu parti yang ditadbirkan oleh PKC. Hal tersebut memberikan PKC monopoli sepenuhnya terhadap kuasa politik yang sering dijalankan. Semua pembangkang politik adalah haram. Pada masa ini terdapat
lapan parti politik di China selain daripada PKC yang sah, tetapi semuanya perlu menerima keutamaan PKC untuk masih wujud.
[4] PKC mengatakan bahawa China ialah negara "
demokrasi sosialis", di mana PKC merupakan pihak berkuasa pusat dan bertindak demi kepentingan rakyat.
[5]China dianggapkan di pentas antarabangsa di antara negara yang paling kurang berdemokratik di dunia.
[6] [7] [8] [9] Kebebasan bersuara, kebebasan berhimpun dan kebebasan beragama semuanya dihadkan dengan teruk oleh kerajaan PKC.
[10] [11] Orang awam Cina hampir tidak mempunyai pendapat tentang proses pemimpin tertinggi negara itu dipilih.
[6] [10] Penapisan di China berleluasa dan
perbezaan pendapat di China dihukum dengan keras di negara ini.
[7]Semasa lawatan ke Eropah pada 2014,
setiausaha agung PKC
Xi Jinping berkata bahawa
sistem berbilang parti tidak akan berfungsi untuk China. Beliau berkata bahawa China telah bereksperimen pada masa yang lalu dengan pelbagai sistem politik, termasuk demokrasi berbilang parti serta memberikan amaran bahawa peniruan model politik atau pembangunan asing bakal membawa malapetaka kerana keadaan sejarah dan sosialnya negara China yang unik.
[12] Pada masa ini, Xi telah mengukuhkan kawalan PKC ke atas kerajaan
[13] dan pada 2018 meminda
parti dan
perlembagaan negeri untuk memasukkan
Pemikiran Xi Jinping, yang disifatkan sebagai tahap
sosialisme seterusnya dengan ciri-ciri Cina . Pada tahun yang sama, kerajaan China juga telah memansuhkan had penggal untuk
jawatan presiden yang membenarkan Xi memerintah seumur hidup.
[14] [15] [16]