Perbicaraan Demonstrasi_kepala_lembu

Pada 8 Disember 2009, Mahkamah Sesyen Shah Alam menetapkan perbicaraan 5 hari pada 12 April 2009 di hadapan Hakim M Gunalan.

Demonstrasi kepala lembu di Bangunan SUK Shah Alam

12 orang tertuduh iaitu :

  1. Ibrahim Sabri (43) dan Ahmad Mahayuddin Abdul Manaf (36) didakwa memijak kepala lembu.Ahmad Mahayuddin dan Ibrahim merupakan pengerusi dan timbalan pengerusi Jawatankuasa Bertindak Penduduk Seksyen 23 Shah Alam.
  2. Eyzva Ezhar Ramly (31) didakwa membawa kepala lembu
  3. Mohd Azmir Mohd Zain (35), Ahmad Suhairy Zakaria (30) dan Mohd Hilmi Ni (40) didakwa membawa dan memijak kepala lembu.
  4. Jainudin @ Zainudin Md Yusuff (67); Mohd Jurit Ramli (39); Mohammad Nordin Zakaria (63) ; Jamil Mohamad Isa (40); Rahimuddin Md Harun (39), dan Azhari Shaari (39).

Pendakwaan mengikut Seksyen 4 (1) Akta Hasutan 1948 yang memperuntukkan hukuman denda sehingga RM5,000 atau penjara sehingga tiga tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Tuduhan pilihan ialah melukakan perasaan penganut beragama Hindu dengan melakukan kesalahan terbabit di tempat dan pada masa yang sama mengikut Seksyen 298 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga setahun atau denda atau kedua-duanya.Tuduhan lain ialah menyertai perhimpunan haram, mengikut Seksyen 27(5)(a) Akta Polis 1967. Jika bersalah mereka didenda maksimum RM10,000 dan penjara sehingga setahun, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan diwakili Timbalan Pendakwa Raya Datuk Razali Che Ani dan Harris Ong Mohd Jeffery Ong .Peguam Hashim Ibrahim mewakili 12 orang tertuduh.[12]

Pada 27 Julai 2010, Mahkamah Sesyen Shah Alam yang diwakili oleh Hakim Hasbi Hasan menjatuhkan hukuman denda RM1,000 atau dipenjara selama sebulan jika gagal membayar denda itu kepada semua 12 lelaki yang dituduh terlibat dalam perhimpunan haram sambil membawa kepala lembu.Hakim Hasbi Hasan memutuskan perkara itu selepas kesemua 12 tertuduh mengaku salah terhadap pertuduhan alternatif mengikut Seksyen 143 Kanun Keseksaan iaitu menyertai perhimpunan haram di depan Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah kira-kira jam 2.25 petang, 28 Ogos tahun lalu.Ketika membuat rayuan, pihak pembelaan - diketuai peguam Afifuddin Ahmad Hafifi - meminta kesemua anak guamnnya diberikan hukuman hanya didenda ringan memandangkan kesemua mereka telah mengaku salah dan insaf ataas perbuatan masing-masing.

Sejurus selepas mahkamah selesai bersidang tengah hari berkenaan, kelihatan kesemua pesalah berpelukan kegembiraan kerana terlepas daripada hukuman penjara.[13]

Rujukan

WikiPedia: Demonstrasi_kepala_lembu http://www.bernama.com/bernama/v3/bm/news_lite.php... http://www.bernama.com/bernama/v3/bm/news_lite.php... http://malaysiakini.com/news/112115 http://malaysiakini.com/news/112122 http://malaysiakini.com/news/112226 http://www.malaysiakini.com/news/119243 http://www.malaysiakini.com/news/138418 http://www.youtube.com/watch?v=hBKOt84OhDY&eurl=ht... http://mstar.com.my/berita/cerita.asp?file=/2009/8... http://mstar.com.my/berita/cerita.asp?file=/2009/8...