Demonstrasi_kepala_lembu

Demonstrasi kepala lembu adalah suatu demostrasi telah diadakan di depan pintu pagar Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor (SUK), Shah Alam, Selangor pada hari Jumaat, 28 Ogos 2009 selepas sembahyang Jumaat dengan menggunakan kepala lembu sebagai lambang protes. Daripada ribuan jemaah di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, kira-kira 200 jemaah lelaki telah berjalan kaki sejauh 2 km, berarak ke bangunan SUK Shah Alam iaitu ibu pejabat Menteri Besar Selangor Tan Seri Abdul Khalid Ibrahim dan Rodziah Ismail.Salah seorang daripada mereka membawa kepala lembu yang masih berdarah dan dipijak-pijak sebagai tanda protes terhadap kerajaan campuran Pakatan Rakyat yang seolah-olah 'lembu dicucuk hidung'. Dalam laman web sebelumnya ,memang ada cadangan membawa kepala lembu. Kepala lembu itu mulanya tersangkut di pagar masjid Shah Alam . Lembu dan babi pernah mencetuskan peristiwa 'Black hole Culcutta' di India.

Rujukan

WikiPedia: Demonstrasi_kepala_lembu http://www.bernama.com/bernama/v3/bm/news_lite.php... http://www.bernama.com/bernama/v3/bm/news_lite.php... http://malaysiakini.com/news/112115 http://malaysiakini.com/news/112122 http://malaysiakini.com/news/112226 http://www.malaysiakini.com/news/119243 http://www.malaysiakini.com/news/138418 http://www.youtube.com/watch?v=hBKOt84OhDY&eurl=ht... http://mstar.com.my/berita/cerita.asp?file=/2009/8... http://mstar.com.my/berita/cerita.asp?file=/2009/8...