Denazifikasi
Denazifikasi

Denazifikasi

Denazifikasi atau Denazification (Bahasa Jerman: Entnazifizierung) adalah satu inisiatif Pihak Bersekutu bagi menghapuskan sisa-sisa ideologi Sosialis Nasional (Nazi) daripada masyarakat, budaya, media, ekonomi, kehakiman dan politik di Jerman dan Austria . Ia telah dilaksanakan khusus untuk menyingkirkan mereka yang terlibat dari kedudukan berpengaruh dan untuk membubarkan atau menyebabkan pertubuhan itu tidak mempunyai kuasa keatas mana-mana pihak. Program denazifikasi telah dimulakan selepas berakhirnya Perang Dunia Kedua dan telah diperkukuhkan oleh Perjanjian Potsdam.Terma denazifikasi buat pertama kali diperkenalkan sebagai istilah undang-undang pada tahun 1943 di Pentagon, bermaksud untuk digunakan dalam erti kata yang sempit dengan merujuk kepada sistem undang-undang Jerman selepas perang. Tidak lama kemudian, ia membawa makna yang lebih umum.[1]

Rujukan

WikiPedia: Denazifikasi http://www.ccges.yorku.ca/The-Denazification-of-Au... http://books.google.com/?id=FiyHJ8MiR1gC http://www.questia.com/PM.qst?a=o&d=16324321&er=ac... http://digital.library.wisc.edu/1711.dl/History.De... http://www.jagcnet.army.mil/JAGCNETInternet/Homepa... http://www.archive.org/details/publicopinionins00m... //doi.org/10.1086%2F219961 http://germanhistorydocs.ghi-dc.org/pdf/eng/Denazi... http://www.independent.org/publications/tir/articl... //www.jstor.org/stable/2770938