Dennis_Bergkamp
Dennis_Bergkamp

Dennis_Bergkamp

Dennis Nicolaas Maria Bergkamp (Sebutan Belanda: [ˈdɛnəs ˈbɛrxkɑmp] ( listen); lahir 10 Mei 1969) merupakan bekas pemain bola sepak Belanda yang kini merupakan pembantu jurulatih bagi kelab Ajax. Asalnya beliau beraksi di posisi pemain tengah, namun Bergkamp berpindah ke posisi penyerang sehinggalah beliau menamatkan kariernya.Beliau melakukan penampilan sulungnya untuk Ajax pada tahun 1986. Aksi Bergkamp yang menonjol menarik minat oleh beberapa kelab Eropah selain menerima panggilan oleh pasukan kebangsaan. Bergkamp berpindah ke Internazionale pada tahun 1993. Selepas dua musim mengecewakan di Itali, beliau berpindah ke Arsenal dan meraih tiga trofi Liga Perdana Inggeris, empat trofi Piala FA dan melangkah ke perlawanan akhir Liga Juara-Juara pada tahun 2006. Bersama pasukan kebangsaan Belanda, Bergkamp mengejutkan rekod Faas Wilkes untuk menjadi penjaring gol terbanyak Belanda sepanjang zaman pada tahun 1998 sebelum rekod tersebut dikejutkan oleh Patrick Kluivert, Robin van Persie dan Klaas-Jan Huntelaar.Dianggap salah satu pemain terhebat di kalangan generasinya, Bergkamp menduduki tempat ketiga dalam anugerah Pemain Terbaik Dunia FIFA. Beliau dipilih oleh Pelé sebagai salah satu daripada FIFA 100. Pada tahun 2007, beliau dimasukkan ke dalam "English Football Hall of Fame" dan kekal satu-satunya pemain Belanda meraih pencapaian tersebut. Bergkamp turut mempunyai nama samaran iaitu "Non-Flying Dutchman" oleh peminat Arsenal kerana beliau menghidapi masalah "aviofobia".

Dennis_Bergkamp

1989 Belanda B21
1995–2006 Arsenal
Ketinggian 1.83 m (6 ka 0 in)[2]
Tempat lahir Amsterdam, Belanda
Nama penuh Dennis Nicolaas Maria Bergkamp[1]
Tarikh lahir (1969-05-10) 10 Mei 1969 (umur 50)
1986–1993 Ajax
1981–1986 Ajax
1990–2000 Belanda
2011– Ajax (pembantu)
1993–1995 Internazionale
Posisi permainan Penyerang
Tahun Pasukan
Kelab terkini Ajax (pembantu jurulatih)

Rujukan

WikiPedia: Dennis_Bergkamp http://www.arsenal.com/history/profiles/48/dennis-... http://www.arsenal.com/matchreport.asp?thisNav=fix... http://www.arsenal.com/news/news-archive/turn-high... http://espnfc.com/player/_/id/8035/dennis-bergkamp... http://www.fifa.com/worldfootball/statisticsandrec... http://fourfourtwo.com/interviews/one-on-one/371/a... http://soccernet.espn.go.com/columns/story/_/id/89... http://www.highbeam.com/doc/1G1-102887919.html http://www.highbeam.com/doc/1P2-4928778.html http://www.rsssf.com/miscellaneous/bergkamp-intlg....