Detektif_Muda_(Detektif_Conan)

Detektif Muda (少年探偵団, Shōnen Tantei-dan) merupakan sekumpulan pasukan detektif kanak-kanak dalam anime dan manga Detektif Conan. Mereka terdiri daripada Conan Edogawa, Ai Haibara, Mitsuhiko Tsuburaya, Genta Kojima dan Ayumi Yoshida. Profesor Agasa kadangkala bertindak sebagai pemandu dan membantu mereka menyelesaikan kes. Setiap anggota kumpulan memiliki lencana yang turut berfungsi sebagai walkie-talkie dan penjejak ciptaan beliau.[1] Cikgunya iaitu Cikgu Kobayashi secara tak langsung menjadi pengerusi bagi kumpulan Detektif Muda.