Tatacara Dewan_Pertuanan_United_Kingdom

Bangku-bangku di Dewan Pertuanan berwarma merah. Dengan kontras, Dewan Rakyat berhiasan hijau.

Dewan Pertuanan dan Dewan Rakyat berhimpun dalam Istana Westminster. Bilik Pertuanan dihiasi secara mewah, dibandingkan Bilik Rakyat yang dilengkapi dengan perabot yang lebih sederhana. Bangku-baku dalam Bilik Pertuanan berwarna merah; oleh itu, Dewan Pertuanan kadang-kadang dirujukkan sebagai "Bilik Merah". Woolsack berada di bahagian hadapan Bilik; para penyokong Kerajaan duduk di bangku-bangku di sebelah kanan Woolsack, sementara ahli-ahli Pembangkang duduk di sebelah kiri. Ahli-ahli pertengahan, dikenali sebagai Ahli bebas, duduk di bangku-bangku selanjutnya berhadapan Woolsack.

Bilik Pertuanan adalah tempat banyak majlis-majlis rasmil, yang termasyhur di antaranya adalah Pembukaan Kebangsaan pada Parliment, dipegang pada permulaan setiap sesi parlimen baru. Sewaktu Pembukaan Kebangsaan, Pemerintah, yang duduk di Takhta dalam Bilik Pertuanan dan sewaktu kehadiran kedua-dua Dewan Parlimen, memberikan tuturan menggariskan agenda Kerjaan untuk sesi parlimen yang akan datang.

Dalam Dewan Pertuanan, ahli-ahli tidak harus mengakui pegawai yang bersidang sebelum bertutur, sedangkan ini dilakukan dalam Dewan Rakyat. Kalau dua atau lebih Tuan ingin bertutur pada waktu yang sama, Dewan akan berkeputusan yang mana ingin didengari dengan sebulat suaram, atau, jika perlu, mengundi pada suatu mosi. Seringnya, meskipun, Ketua Dewan akan mencadangkan suatu ketenteraman, yang oleh itu biasanya diikuti. Penuturan-penuturan dalam Dewan Pertuanan dialamatkan ke Dewan pada keseluruhannya ("Tuan-tuanku") daripada ke pegawai bersidang sendiri (sebagaimana juga dengan adat dalam Dewan Rendah). Ahli-ahli tidak boleh merujukkan sesama sendiri dalam orang kedua (seperti "you"), tetapi lebih suka menggunakan bentuk-bentuk orang ketiga seperti "Duke yang mulia", "Earl yang mulia", "kawanku yang mulia", dsb.

Setiap ahli boleh membuat tidak lebih daripada satu tuturan dalam suatu mosi, kecuali jika pengusul mosi ingin membuat satu tuturan pada permulaan debat dan satu lagi pada hujungnya. Tuturan tidak ditaklukkan ke mana-mana had waktu dalam Dewan; meskipun, Dewan mungkin meletakkan penutupan pada suatu tuturan dengan mengizinkan suatu mosi "bahawa Tuan yang mulia tidak akan didengarkan lagi". Ia juga boleh jadi untuk Dewan untuk menamatkan debat keseluruhannya, dengan mengizinkan suatu mosi "bahawa Soalan sekarang ditamatkan". Tatacara ini dikenali sebagai Penutupan, dan adalah sangat jarang.

Apabila kesemua tuturan ditutup, atau Penutupan digunakan, mosi boleh diletakkan pada suatu undian. Dewan mula-mula mengundi dengan undian suara; Tuan Penutur atau Timbalan Penutur meletakkan soalan, dan Pertuanan sama ada menjawab "Setuju" (setuju dengan mosi yang dipegang) atau "Tidak-Setuju" (menentang mosi). Pegawai bersidang kemudian mengumumkan penilaian undian suara, tetapi kalau taksirannya dicabar oleh mana-mana Tuan, suatu undian dirakam diketahui sebagai suatu pembahagian berlanjutan. Ahli-ahli Zdewan memasuki salah satu dua lobi (lobi "Setuju" atau lobi "Tidak Setuju") pada mana-mana belah Bilik, di mana nama-nama mereka akan dirakamkan oleh kerani. Pada setiap lobi dua Pemberitahu (mereka sendiri ahli-ahli Dewan) yang mengira undian Pertuanan. Tuan Penutur tidak boleh mengambil bahagian dalam undian tersebut. Sekali pembahagian berakhir, Pemberitahu akan memberikan penilaian-penilaiannya ke pegawai yang bersidang, yang kemudian mengumumkannya ke Dewan. Kalau adanya persamaan dalam jumlah undian, mosi akan berkeputusan menurut prinsip-prinsip berikutnya: peundangan boleh diteruskan dalam bentuk terkininya, kecuali jika adalah kebanyakan menggemarkan untuk meminda atau menolaknya; mosi-mosi yang lain ditolak, kecuali jika ada suatu kebanyakan menggemari mengizinkannya. Quorum Dewan Pertuanan adalah hanya tiga ahli untuk suatu undian umum atau bertatacara, dan 30 ahli untuk suatu undian pada perundangan. Jika kurang daripada tiga atau 30 ahli (seperti yang sesuai) hadir, pembahagian adalah tidak sah.