Dewan_Undangan_Ireland_Utara

Dewan Undangan Ireland Utara (Bahasa Ireland: Tionól Thuaisceart Éireann,[1] Ulster-Scots: Norlin Airlan Assemblie) ialah sebuah badan perundangan yang diturunkan kepada Ireland Utara. Ia mempunyai kuasa untuk membuat undang-undang dalam pelbagai bidang yang bukan terpelihara kepada Parlimen United Kingdom, dan untuk melantik Eksekutif Ireland Utara. Ia terletak di Bangunan Parlimen di Stormont, Belfast. Dewan Undangan kini sedang dalam tempoh penggantungan, selepas ia dibubarkan pada Januari 2017 akibat ketidaksepakatan polisi dalam kepemimpinan dan peletakan jawatan Martin McGuinness. Sebarang perbincangan untuk memulihkan semula Dewan Undangan telah gagal.Dewan Undangan ini ialah sebuah dewan sekamar yang dipilih secara demokratik dan terdiri daripada 90 ahli[2] yang dikenali sebagai Ahli Dewan Undangan (MLA). Ahli-ahli dipilih mengikut suatu bentuk sistem satu undi boleh pindah dalam perwakilan berkadar.[3] Maka, Dewan Undangan memilih sebahagian besar menteri Eksekutif Ireland Utara menggunakan prinsip konsosialisme di bawah kaedah D'Hondt untuk memastikan bahawa pihak pengundi terbesar di Ireland Utara, penyokong Kesatuan (Unionist) dan nasionalis Ireland, kedua-duanya mengambil bahagian dalam mentadbir rantau mereka.