Menu
Dewan_Undangan_Negeri_Selangor PerananSebagai suatu badan perundangan negeri, fungsi utama Dewan Negeri Selangor adalah untuk menguatkuasakan undang-undang yang terpakai di Selangor, dikenali sebagai enakmen. Speaker mempengerusikan persidangan Dewan, dan bekerja untuk memastikan mengekalkan ketenteraman semasa perdebatan. Speaker terkini adalah Ng Suee Lim dari Parti Tindakan Demokratik di dalam Pakatan Harapan.
Cabang eksekutif kerajaan (dikenali sebagai EXCO Negeri, atau Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri), termasuklah Menteri Besar, juga dilantik daripada Dewan. Menteri Besar secara istiadatnya dilantik oleh Sultan Selangor pada dasarnya yang beliau mampu untuk mendapat satu majoriti di dalam Dewan. Menteri Besar kemudiannya melantik ahli-ahli EXCO kerajaan negeri juga didapati daripada kalangan Dewan.
Berikut adalah senarai Speaker DUN Selangor:
Speaker | Tarikh Mula | Tarikh Tamat |
---|---|---|
Dato' Abdullah Haji Hassan | 8 Julai 1959 | 17 November 1962 |
Dato' Abdullah Haji Mohd Yassin | 4 Disember 1962 | 12 November 1966 |
YM Raja Haji Nong Chik Raja Ishak | 9 Disember 1966 | 19 Mac 1969 |
YM Dato' Raja Haji Zulkifli Raja Borhan | 15 Mac 1971 | 30 Julai 1974 |
Tan Sri Shoib Haji Ahmad | 16 September 1974 | 29 Mac 1982 |
Dato' Haji Saidin Thamby | 4 Jun 1982 | 5 Oktober 1990 |
Dato' Haji Zainal Dahalan | 19 November 1990 | 25 April 1995 |
Tan Sri Dato' Sri Haji Onn Haji Ismail | 18 Mei 1995 | 22 April 2008 |
Dato' Teng Chang Khim | 22 April 2008 | 30 Mei 2013 |
Hannah Yeoh Tseow Suan | 21 Jun 2013 | 26 Julai 2018 |
Ng Suee Lim | 27 Julai 2018 | - |
Portfolio | EXCO |
---|---|
Menteri Besar Kewangan, Pembangunan Tanah dan Sumber Alam, Pembangunan Generasi Muda dan Sukan serta Komunikasi Strategik | Amirudin Shari |
Pelaburan, Perdagangan dan Jawatankuasa Industri | Teng Chang Khim |
Pembangunan Usahawan, Pembanguna Luar Bandar, Desa dan Kampung Tradisi | Rodziah Ismail |
Infrastruktur dan Kemudahan Awam, Pemodenan Pertanian dan Industri Asas Tani. | Izham Hashim |
Kesihatan, Kebajikan, Pemberdayaan Wanita dan Keluarga | Siti Mariah Mahmud |
Pemberdayaan dan Pembangunan Sosio Ekonomi dan Kerajaan Prihatin. | V Ganabatirau |
Hal Ehwal Agama Islam, Pendidikan, Pembangunan Modal Insan. | - Kosong - |
Alam Sekitar, Teknologi Hijau, Hal Ehwal Pengguna, Sains, Teknologi dan Inovasi | Hee Loy Sian |
Perumahan dan Kehidupan Bandar | Haniza Mohamed Talha |
Pelancongan, Kebudayaan ,Peradaban Melayu dan Warisan | Abdul Rashid Asari |
Kerajaan Tempatan, Pengangkutan Awam dan Pembangunan Kampung Baru | Ng Sze Han |
Menu
Dewan_Undangan_Negeri_Selangor PerananBerkaitan
Dewan Negeri Selangor Dewan Bahasa dan Pustaka Dewan Rakyat Malaysia Dewan Negeri Perak Dewan Undangan Negeri Sembilan Dewan Undangan Negeri di Malaysia Dewan Pertuanan United Kingdom Dewan Perwakilan Rakyat Dewan Undangan Negeri Sabah Dewan Rakyat United KingdomRujukan
WikiPedia: Dewan_Undangan_Negeri_Selangor