Biografi Dhalia

Dhalia dilahirkan di Medan, Sumatera utara, pada 10 Februari 1925, kepada Tengku Katam.[2] Bapanya, seorang penulis pentas, menamakan rombongan teaternya sebagai Dhalia Opera bersempena beliau. Untuk pendidikan formal beliau, Dhalia belajar di sekolah rendah atas milik Muhammadiyah kemudiannya di sekolah menengah atas Muhammadiyah. Dalam masa lapangny, beliau menumpukan perhatian kepada lakonan di rombongan bapanya.[3] Menjelang 1940an, beliau telahpun mengenali bakat nyanyiannya, meskipun bapanya berhasrat mahu beliau menyambung pelajarannya di Universiti Al-Azhar, Kaherah.[4][5]

Pada 1941 Dhalia membuat kemunculan filem cetera pertamaya menerusi filem muzikal arahan Njoo Cheong Seng, Pantjawarna, diterbitkan oleh Oriental Film.[3] Dua kemunculan beliau seterusnya memperlihatkannya memegang watak anak yatim dalam filem arahan Sutan Usman Karim Panggilan Darah[6] dan bersama Rd Mochtar dalam Moestika dari Djemar, adaptasi daripada Hikayat Seribu Satu Malam.[7] Dua filem terakhir Dhalia sebelum kemerdekaan Indonesia telah disiapkan semasa pendudukan Jepun di Indonesia (1942–45): Berdjoang dan Hoedjan. Kedua-duanya merupakan karya propaganda pro-Jepun.[8]

Sewaktu Revolusi Nasional Indonesia (1945–1949), penerbitan filem itu hampir terhenti.[9] Dhalia hanya kembali ke layar perak pada 1952, menyiapkan tiga filem pada tahun itu. Menjelang 1955 beliau menyiapkan tiga lagi filem, mengambil peranan tertentu sebagai watak utama dalam Chandra Dewi (1952) dan pelacur Laila dalam Lewat Djam Malam (1955).[10] Antara 1956 dan 1972 Dhalia tidak berlakon filem. Selepas beliau kembali ke industri,[10] beliau tidak lagi ditawarkan peranan utama, sebaliknya mengambil peranan pembantu.[3] Beliau membuat filem terakhirnya pada 1990, dengan 1980an sebagai tempoh paling produktif dalam kerjayanya.[10]

Beliau meninggal dunia di Jakarta pada 14 April 1991.[3]

Rujukan

WikiPedia: Dhalia http://www.imdb.com/name/nm1263349/ http://perfilman.pnri.go.id/kronika.php?1=1&a=view... http://filmindonesia.or.id/movie/name/nmp4bc420b30... http://filmindonesia.or.id/movie/name/nmp4bc420b30... http://filmindonesia.or.id/movie/title/lf-m018-41-... http://filmindonesia.or.id/movie/title/lf-p014-41-... http://www.webcitation.org/69QrAH9Ie?url=http://fi... http://www.webcitation.org/69QzGQMNi?url=http://fi... http://www.webcitation.org/6IugMcnSY?url=http://fi... http://www.webcitation.org/6KKPLqLGD?url=http://fi...