Dharma_Productions

Dharma Productions Pvt. Ltd. ialah syarikat perfileman India ditubuhkan oleh Yash Johar pada 1979.[1] Ia diambil alih pada 2004 selepas kematiannya oleh anaknya Karan Johar. Beroperasi di Mumbai, ia kebanyakannya menerbitkan dan mengedarkan filem Hindi,[2][3] Pada November 2018, sektor baru syarikat ini dikenali sebagai Dharmatic, menumpukan perhatian kepada penerbitan kandungan digital untuk platform pengedaran dalam talian.