Prinsip Dialisis_peritoneum

Prinsip bagi peritonial dialysis adalah sama dengan hemodialisis. Kedua-dua teknik dialisis ini membentuk terapi yang menggantikan buah pinggang yang bergantung kepada pergerakan pasif air dan bahan terlarut merentasi lapisan separa-tembus didalam badan. Walaubagaimanapun, proses dialisis peritonial adalah lebih lambat berbanding hemodialisis,ia merupakan proses yang beransur-ansur dimana lapisan semulajadi badan iaitu peritoneum digunakan sebagai lapisan gantian. Sebelum ini, pesakit terpaksa melalui penukaran cecair berulang kali dalam tempoh masa 8 jam dan ke atas setiap 3 hingga 4 kali seminggu. Oleh itu, pelbagai mesin dihasilkan bagi memudahkan proses ini. Bagi dialisis peritonial automatik, mesin dialisis tersebut perlu diletakkan pada pesakit selama 10 hingga 12 jam pada waktu malam.