Digimon_Tamers
Digimon_Tamers

Digimon_Tamers

Digimon Tamers (デジモンテイマーズ, Dejimon Teimāzu) merupakan siri animasi ketiga Digimon dihasilkan oleh Toei Animation. Tidak seperti musim sebelumnya, Digimon Adventure dan Digimon Adventure 02, siri ini berlainan dari segi dunia sebenar dan Dunia Digimon. Dalam siri ini sering bertumpu dalam dunia sebenar dan kad permainan Digimon. Siri ini mula bersiaran pada 1 April 2001 sehingga 31 Mac 2002 di Fuji TV juga pernah bersiaran di ntv7 pada tahun 2004. Selepas siri tamat, siri Digimon ke-4 iaitu Digimon Frontier mengantikan siri animasi ini.