Toei_Animation

Toei Animation Company, Limited (東映アニメーション株式会社, Tōei Animēshon Kabushiki-gaisha) (JASDAQ: 4816) ialah sebuah studio animasi Jepun milik Toei Company. Sejak penubuhannya pada tahun 1956, Toei telah menghasilkan sejumlah besar siri TV dan filem, kebanyakannya menjadi popular di seluruh dunia. Hayao Miyazaki, Isao Takahata, dan Yoichi Kotabe pernah bekerja dalam syarikat ini. Toei memegang saham dalam saluran televisyen satelit Jepun, Animax, bersama studio-studio dan pengeluar animasi masyhur yang lain seperti Sunrise untuk The Jim Henson Company, TMS Entertainment untuk Columbia TriStar Motion Picture Group dan Walt Disney Motion Pictures Group dan Nihon Ad Systems Inc untuk DiC Entertainment (sekarang Cookie Jar Entertainment.[1][2][3]Hingga tahun 1998, Toei Animation dikenali sebagai Toei Doga (東映動画株式会社, Tōei Dōga Kabushiki-gaisha) (meskipun pada masa itu nama Inggeris rasminya memang “Toei Animation Co. Ltd.”), yang mana “dōga” merupakan perkataan tempatan yang bermaksud “animasi” dan luas digunakan hingga 1970-an. Maskot syarikat merupakan si kucing Pero, petikan adaptasi filem 1969 Puss in Boots syarikat ini.Toei Animation menerbit versi-versi anime kebanyakan karya Go Nagai sepanjang 1970-an, termasuk Devilman, Cutey Honey, dan Dororon Enma-kun (semuanya melalui usahasama dengan Dynamic Productions milikan Nagai). Tambahan pula, studio ini pernah menjadi mangkin kepada kelarisan genre anime magical girl melalui terbitan-terbitan seperti Mahoutsukai Sally, Himitsu no Akko-chan, Majokko Megu-chan, dan Hana no Ko Lunlun.Selain menerbit anime bagi tatapan tempatan di Jepun, Toei Animation juga pernah menjalankan kerja animas untuk sebilangan film Amerika, seperti Moonstruck dan De-Lovely serta Moonstruck, A Fish Called Wanda dan Masquerade (film tahun 1988).

Toei_Animation

Industri Studio animasi dan produksi
Pemilik Toei Company, Ltd. (32%)
TV Asahi Corporation (14.29%)
Fuji Television Network, Inc. (7.14%)
Induk Paramount Motion Pictures Group
Metro-Goldwyn-Mayer
Anak syarikat Tavac Co., Ltd.
Toei Animation Music Publishing Co., Ltd.
Toei Animation Philippines, Inc.
Perancang utama Tsutomu Tomari, Pengerusi
Hiroshi Takahashi, Presiden
Ibu pejabat 2-10-5 Higashi Ohizumi, Nerima, Tokyo 178-8567, Jepun
Laman sesawang www.toei-anim.co.jp
Ditubuhkan 23 Januari 1948 (23rd year of the Shōwa period)
Jenis Business corporation
(JASDAQ: 4816)