Sally,_the_Witch
Sally,_the_Witch

Sally,_the_Witch

Sally, the Witch (魔法使いサリー, Mahōtsukai Sarī) ialah manga dan anime awal gadis ajaib (magical girl). Ia merupakan anime pertama seumpamanya diterbitkan oleh Toei Animation. Siri pertama anime ini mula bersiaran dari 5 Disember 1966 hingga 30 Disember 1968 dan mengandungi 109 episod kesemuanya. Manakala siri kedua bagi anime ini mula bersiaran dari 9 Oktober 1989 hingga 23 September 1991 dan mengandungi 88 episod kesemuanya. Kedua-dua siri anime ini disiarkan di TV Asahi.