Digital_Durian

Digital Durian Sdn. Bhd. (juga dikenali sebagai DD Animation Studio) merupakan sebuah syarikat animasi Malaysia. Syarikat ini terkenal menerusi siri animasi prasekolah Didi & Friends dan Omar & Hana yang disiarkan di Astro Ceria.[1] Beribu pejabat di Cyberjaya, Selangor, Digital Durian diasaskan pada 2008 oleh Sinan Ismail dan Hairulfaizalizwan Ahmad Sofian.[2]