Dilma Rousseff
Dilma Rousseff

Dilma Rousseff

Dilma Vana Rousseff (sebutan dalam bahasa Portugis: [ˈdʒiwmɐ ʁuˈsɛf]; lahir 14 Disember 1947) ialah seorang ahli politik yang bakal menjadi Presiden Brazil wanita yang pertama. Beliau dilantik sebagai Ketua Turus oleh Presiden Luiz Inacio Lula da Silva pada Jun 2005,[1]. Rousseff dipilih oleh Lula sebagai penggantinya untuk memenangi pilihan raya presiden pada tahun 2010.Anak kepada seorang pendatang Bulgaria dan seorang guru tempatan ini dibesarkan dalam rumahtangga kelas menengah atas di Belo Horizonte.[1] Pada usia belia, beliau menjadi seorang sosialis; ekoran rampasan kuasa pada tahun 1964, beliau menyertai kumpulan gerila urban berhaluan kiri yang menentang kediktatoran tentera. Rousseff ditangkap lalu dipenjarakan dari tahun 1970 hingga 1972.[1]Selepas dibebaskan, Rousseff membina semula kehidupan di Porto Alegre bersama Carlos Araújo yang menjadi pasangannya selama 30 tahun.[1] Mereka berdua membantu dalam penubuhan Parti Buruh Demokratik (PDT) di negeri itu, kemudian mengambil bahagian dalam kempen-kempen pilihan raya parti itu. Beliau menjadi Setiausaha Perbendaharaan Porto Alegre sewaktu pentadbiran Alceu Collares, kemudian menjadi Setiausaha Tenaga di Rio Grande di bawah pemerintahan Collares dan Olívio Dutra.[1] Pada tahun 2000, setelah bertelagah dalam jemaah menteri Dutra, Rousseff beralih ke PT.[1]Pada tahun 2002, Rousseff menyertai jawatankuasa yang bertanggungjawab atas dasar tenaga calon presiden Luiz Inácio Lula da Silva. Setelah menang, Lula melantik Rousseff sebagai Menteri Tenaga.[1] Pada tahun 2005, berlakunya satu krisis politik yang diakibatkan oleh skandal rasuah sehingga memaksa Ketua Turus José Dirceu meletak jawatan. Rousseff menyandang jawatan tersebut sehingga beliau mengundurkan diri pada 31 Mac 2010 untuk bertanding untuk jawatan Presiden.[1] Beliau dilantik Presiden wanita pertama Brazil pada 31 Oktober 2010.

Dilma Rousseff

Lahir (1947-12-14) 14 Disember 1947 (umur 72)
Belo Horizonte, Minas Gerais, Brazil
Didahului oleh Francisco Luiz Sibut Gomide
Tandatangan
Alma mater Universiti Persekutuan Minas Gerais
Universiti Persekutuan Rio Grande do Sul
Digantikan oleh Silas Rondeau
Pasangan Cláudio Galeno
Carlos Araújo
Parti politik Parti Buruh
Profesion Ahli ekonomi
Anak-anak Paula Rousseff
Laman sesawang Official website
Presiden Luiz Inacio Lula da Silva
Naib Presiden Michel Temer
Kediaman Brasília, Daerah Persekutuan