Masakan Dim_sum

Pelayan bersama troli dim sum di sebuah restoran di Hong Kong

Dim sum yang tipikal mengandungi pelbagai jenis variasi pau seperti cha siu bau, ladu dan kuetiau gulung, di mana pilihan bahan-bahan boleh datang dari daging seperti lembu, ayam, babi, udang dan sayur-sayuran. Hidangan seperti sayur kukus, daging panggang, bubur nasi atau sup. Dim sum manis juga boleh didapati seperti tart telur. Meminum teh semasa makan dim sum adalah perkara biasa dan dikenali sebagai yum cha (yam cha, 飲茶).

Dim sum boleh dimasak dengan cara menggukus dan menggoreng. Hidangan ini selalunya bersaiz kecil dan setiap bekas hidangan terdapat tiga hingga empat ketul dim sum. Adalah menjadi adat bagi sesebuah keluarga untuk memesan dim sum dengan banyak, supaya pelbagai jenis dim sum dapat dirasai, ini disebabkan setiap bekas dim sum hanya mempunyai bahagian yang kecil.

Pesanan boleh dibuat mengikut menu atau troli yang ditolak oleh pelayan. Secara tradisinya, jumlah pembayaran untuk setiap hidangan dikira mengikut nombor, saiz dan kadang-kadang mengikut warna hidangan. Dengan pengkembangan teknologi, setiap hidangan akan direkod di dalam bil. Selain itu juga, sistem cop digunakan untuk merekod statistik jualan setiap pelayan.