Hidangan Dim_sum

Dim-sum dumpling di ChicagoChar siu sou dihidang di restoran dim sum di SingapuraLo mai gai dibungkus dengan daun terataiKaki ayam juga merupakan bahan inti untuk dim sum

Restoran dim sum mempunyai pelbagai jenis hidangan, biasanya terdapat beberapa dozen. Berikut adalah hidangan biasa yang boleh didapati:

Utama

  • Gao (餃, Dumpling; 餃子 gau zi, Gow gee): Gao hidangan yang biasa didapati. Dibalut dengan tepung beras lutsinar atau kulit kanji gandum, berlainan dari jiaozi yang dijumpai di bahagian China yang lain. Kulit gao agak susah untuk dibuat. Sebab itu, perlu pakar mendemostrasikan bagaimana kulit gao yang lutsinar ini dicipta. Terdapat juga ladu dengan bahan-bahannya dari sayur-sayuran, seperti tofu dan jeruk kubis.
    • Ladu Udang (蝦餃 har gau): Ladu kulit lembut, berkanji, berintikan udang yang dicincang atau diletakkan seekor.
    • Ladu Chiu-chao (潮州粉果 chiu-chau fun guo): Ladu yang berasal dari Chaozhou, terletak di wilayah timur Guandong, ia mengandungi kacang tanah, bawang putih, kucai, daging babi, udang kering, Cendawan shiitake dibalut dengan kulit yang dibuat dari tepung beras pulut. Ia dihidang bersama minyak bercili.
    • Potsticker (鍋貼, woh tip) Ladu dari China Utara, dikukus dan kemudian digoreng di atas kuali leper(jiaozi), biasanya inti adalah daging dan kubis. Masakan ini tidak dianggap sebagai masakan tradisi orang Kantonis.
    • Shaomai (燒賣 siu mai): Ladu kukus yang kecil, intinya samada daging babi, udang atau kedua-duanya sekali dibungkus dengan kulit tepung yang nipis. Selalunya, diletakkan ketam, telur ikan dan cendawan.
    • Haam Sui Gaau (鹹水餃) ladu berinti, juga sebagai 鹹水角 (haam Sui Gok): berbentuk bujur, digoreng dengan minyak yang banyak, dibuat dari tepung beras dan diisikan dengan daging babi dan sayur-sayuran. Bahagian luarnya manis dan kenyal, manakala di dalam agak sedikit masin.
    • Pau (包 bau): Dikukus atau dibakar, pau ini dibuat dari tepung beras dan diisikan dengan bahan-bahan seperti sayur-sayuran atau pes kekacang yang manis.
    • Char siu baau (叉燒包, char siu baau): merupakan ban paling popular dengan inti di dalamnya adalah daging babi barbeku orang Kantonis. Ia boleh dibuat sama ada dikukus hingga gebu dan putih atau dibakar dengan disapukan dengan air gula untuk mendapat kulit keemasan yang rapuh.
    • Pau Shanghai (上海小籠包 seong hoi siu lung bau): Ladu jenis ini diisikan dengan daging atau makanan laut dan terkenal disebabkan rasa dan penuh air rebusan di dalam. Asal ladu ini dari orang Shanghai, jadi ia bukan dikira sebagai makanan tradisional orang Kantonis. Ladu ini biasanya dijual dengan inti daging babi.
  • Keutiau gulung atau cheong fun (腸粉 cheong fun): Kuetiau yang agak lebar saiznya, diisi dengan pelbagai jenis-jenis daging atau sayur-sayuran di dalam dan ia juga boleh dihidang tanpa sebarang inti di dalam. Kuetiau gulung ini dikukus kemudian digoreng dan ditabur dengan bijan.Inti yang sering digunakan ialah daging lembu, doh goreng, udang dan daging babi barbeku. Kadang-kala diletakkan dengan kicap manis di atas.
  • Kaki ayam (鳳爪 fung zao): Hidangan kaki ayam, digoreng dengan minyak yang banyak, direbus, diperap dalam taucu dan kemudian dikukus. Hasilnya, tekstur daging yang lembut dan lembap, selain dari gebu dan ringan. Warna Fung zau selalunya merah gelap. "White Cloud Phoenix Talons" (白雲鳳爪, bak wun fung jau), kaki ayam yang dikukus dan dihidang dengan cuka sebagai pencicah.
  • Bebola daging kukus (牛肉球 ngau4 juk6 kau4): Daging lembu kisar, dibentuk menjadi bebola dan dikukus bersama kulit buah oren dan dihidang di atas fucuk.
  • Tulang rusuk babi: Masakan barat dikenali sebagai spare ribs. Masakan cina dipanggil Char siu bila dipanggang kemerah-merahan, atau bila dipanggang kehitam-hitaman dipanggil (排骨 paai4 gwat1, páigǔ) .
  • Nasi pulut ayam (糯米雞 lou mai gai): Nasi pulut dibalut dengan daun teratai, dilipat menjadi bentuk segitiga. Di dalam, terdapat telur kuning, kekapis kering, cendawan dan daging (selalunya daging babi atau ayam). Bahan-bahan ini akan dikukus, pulut dan bahan-bahan ini dikukus sekali di dalam daun teratai bagi mendapatkan aromanya. Lo mai gai sejenis ladu nasi. Variasi yang lain dan lebih ringan ialah "Pearl Chicken" (珍珠雞 jan jyu gai).
  • Congee (粥 juk1): Bubur nasi yang likat, atau bubur " Telur Itik dan dan daging Babi" (皮蛋瘦肉粥 "pei daan sau ruk juk")
  • Sou (酥 sou): Sejenis pastri kelopak. Pastri lain seperti "Pastri Masin" (鹹水角 "haam sui gok") dibuat dari tepung dan daging babi yang diperisakan.
  • Ladu keladi (芋角 wu gok): Ubi keladi lenyek, disumbat dengan cendawan hitam shitake yang didadukan, udang dan daging babi, digoreng celup tepung.
  • Sotong goreng tepung (魷魚鬚 yau yu sou): Sotong celup tepung digoreng dan biasanya dihidang dengan sos masam manis. Ada juga menghidangkan bersama campuran garam dan lada hitam. Di restoran dim sum mengantikan dengan kurita.
  • Kuih Gulung (捲)
    • Popia (春捲 cheun gyun): kuih gulung yang terdiri daripada pelbagai jenis sayur-sayuran - seperti hirisan lobak, kubis, cendawan dan cendawan telinga - dan kadang-kadang daging digolekkan di dalam kulit tepung yang nipis dan digoreng.
    • Kulit tofu gulung (腐皮捲 fu pei guen): Dibuat dari kulit tofu
  • Kek (糕)
  • Chien chang go (千層糕 cin cang gou): "Kek lapis seribu", sejenis dim sum pencuci mulut dibuat dengan lapisan doh telur yang manis.

Manisan

  • Tat telur (蛋撻 dan tat): terdiri dari asas yang dibuat dari pastri jenis lerai atau pastri tidak lerai dengan kastad telur, yang kemudiannya dibakar. Sesetengah restoran bertaraf tinggi meletakkan sarang burung di atas kustard. Ditempat lain tat telur diperbuat dari putih telur dan terdapat juga kulit dengan kuning telur. Sesetengah tat telur kini memiliki perisa seperti ubi keladi, kopi, dan perisa yang lain. Terdapat juga kulit jenis lain. Terdapat juga kelopak ranggup kerak luar dengan lapisan, dan lapisan-lapisan serbuk ranggup.
  • Jin deui atau Matuan (煎堆 or 麻糰): Popular semasa Tahun Baru Cina, doh yang kenyal, diisi dengan pes kacang merah, digolek dengan kacang bijan dan digoreng dengan minyak yang banyak. Kuih ini seakan seperti kuih bom.
  • Dou fu fa (豆腐花): Satu hidangan pencuci mulut yang terdiri daripada tauhu lembut dihidangkan dengan yang halwa halia.
  • Puding mangga (芒果布甸 mong guo bo din): Puding mangga yang manis dihidang dengan hirisan buah manga dan selalunya diletakkan susu sejat di atas puding.
  • Bun krim manis (奶皇包 naai5 wong4 baau1): Pau dengan inti kastard susu.
  • Kek span kukus (馬拉糕 ma5 lai1 gou1): Kek span kukus diperisakan dengan molases.
  • Tofu Longan: tofu sejuk berperisa badam dihidang dengan longan.