Dinasti Liao
Dinasti Liao

Dinasti Liao

Dinasti Liao (Cina ringkas: 辽朝; Cina tradisional: 遼朝; pinyin: Liáo Cháo, bahasa Khitan: Mos Jælut)[1][2], 907-1125, juga dikenali sebagai Empayar Khitan (契丹國 pinyin: Qìdān Guó, Khitan: Mos diau-d kitai hulʤi gur)[3], adalah sebuah empayar di Asia Timur yang merangkumi kawasan di Manchuria, Mongolia dan sebahagian utara China sebenar. Ia asaskan oleh puak Yelü (耶律 Yēlǜ, Khitan: Jalut, Jælut) daripada orang Khitan pada tahun sama kejatuhan dinasti Tang yang runtuh pada tahun 907, walau bagaimanapun pemerintah pertamanya, Yelü Abaoji, tidak mengistiharkan nama era beliau sehinggalah tahun 916.Meskipun pada awalnya dikenali sebagai Empayar Khitan, Maharaja Yelü Ruan secara rasminya menggunakan nama "Liao" (dahulunya "Liao Besar") pada tahun 947 (938?). Nama "Liao" kemudian digugurkan pada tahun 983, tetapi digunakan kembali pada tahun 1066. Nama Inggeris lain bagi China, iaitu Cathay, diterbitkan daripada nama Khitan. Ia juga asal perkataan Rusia untuk China, Китай atau Kitay, dan dalam beberapa bahasa Eropah Timur lain.Empayar Liao telah dihancurkan oleh puak Jurchen dari Dinasti Jin pada tahun 1125. Bagaimanapun, sisa penduduknya diketuai oleh Yelü Dashi mengasaskan Dinasti Liao Xi (barat) 1125-1220, juga dikenali sebagai Khanate Kara-Khitan, yang mana wujud sehingga ketibaan Genghis Khan dan tentera Mongolia beliau.

Dinasti Liao

• 1101-1125 Maharaja Tianzuo
• DiwujudkanDiwujudkan 916 915
947 (anggr) 2,600,000 km2 (1,000,000 bt2)
• Abaoji dipilih menjadi ketua puak 907
Sejarah  
Pemerintahan Monarki dipilih kemudian monarki
Agama Tengrisme, Buddhisme, Taoisme, Konfucianisme, agama rakyat China
Ibu kota Shangjing
(918-1120)
• 916-926 Maharaja Taizu
• Maharaja Tianzuodi ditawan Maharaja Tianzuodi ditawan
• puncak 9,000,000
Perundangan Kurultai kemudian dihapuskan apabila mereka mengambil gelaran maharaja
Mata wang Matawang China, syiling China, syiling tembaga dsb.
Khan kemudian Maharaja